Isnin, 16 Februari 2026

MATA AZAM BIN BAKI JADI MERAH


KENAPA MATA

AZAM BIN BAKI

JADI BULA MERAH

AMIN

INI DI LIHAT

DALAM 

SIDANG AKHBAR

 KEMARIN

JENG JENG JENG

ADAKAH

AZAM BIN BAKI

 TIDAK

DAPAT TIDUR ATAU

DIMASUKI SETAN

KAH KAH KAH

KHALAS


Badan Peguam gesa siasatan telus mengenai dakwaan terhadap Azam

Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan memastikan sebarang semakan terhadap dakwaan yang melibatkan ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dijalankan secara bebas, telus dan tanpa berlengah bagi memelihara kredibiliti institusi itu.

Presidennya, Ezri Abdul Wahab, berkata, apa sahaja kaedah yang digunakan kerajaan untuk menangani isu itu haruslah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM dan kedaulatan undang-undang.

“Apabila kebimbangan melibatkan ketua agensi utama pencegahan rasuah negara, isu ini melangkaui soal individu. Ia menyentuh secara langsung keyakinan orang ramai terhadap integriti institusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan bahawa Azam memiliki pegangan saham yang besar dalam dua syarikat yang dilihat melebihi had yang dibenarkan kepada penjawat awam.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Azam pada satu ketika memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

Saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli sekitar RM1.5 juta, manakala saham Awanbiru dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada satu ketika.

Walaupun urus niaga saham oleh penjawat awam tidak menyalahi undang-undang, Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 menetapkan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan membeli saham melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau bernilai lebih RM100,000 pada nilai semasa.

Namun, Azam menegaskan bahawa pegangan sahamnya tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya diperoleh melalui pembelian di pasaran terbuka.

Selepas itu, Bloomberg menerbitkan satu lagi laporan yang mendakwa pegawai SPRM bersekongkol dengan individu tertentu untuk menekan pesaing perniagaan serta mengatur pengambilalihan korporat, dan Azam tahu tentang pakatan tersebut malah bertindak menyokongnya.

Reputasi kepimpinan SPRM

Mengulas lanjut, Ezri menegaskan peranan SPRM dalam rangka tadbir urus negara dan menyatakan kredibiliti agensi antirasuah itu bergantung kepada reputasi kepimpinannya.

“Pada tahap yang lebih luas, episod ini sekali lagi menonjolkan kepentingan memperkukuh perlindungan struktur yang mengawal institusi antirasuah.

“Perbincangan untuk mempertingkatkan pengawasan Parlimen, peraturan mengenai konflik kepentingan yang lebih jelas serta autonomi institusi yang lebih besar kekal relevan.

"Keyakinan orang ramai tidak bergantung pada individu, tetapi pada sistem yang adil dan telus,” katanya.

Berikutan desakan orang ramai, satu jawatankuasa tiga anggota yang diketuai Peguam Negara, Dusuki Mokhtar, telah dibentuk untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Namun, Dusuki memaklumkan bahawa siasatan itu hanya akan memberi tumpuan kepada isu pegangan saham Azam.

Azam berkata dia akan memberi kerjasama penuh kepada jawatankuasa itu dan menyatakan dia sendiri telah meminta supaya siasatan dijalankan.

Bukan kali pertama

Pada penghujung tahun 2021, Azam turut menjadi perhatian berhubung pemilikan saham bernilai ratusan ribu ringgit dalam dua syarikat.

Pada Januari 2022, Azam berkata dia telah memaklumkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham tersebut dibeli oleh adiknya menggunakan akaunnya, dan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pengisytiharan itu mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mendapati tiada bukti urus niaga proksi, selepas mendapati Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.


Tiada ulasan: