AZAM BIN BAKI
TETAP BERKUASA
KERANA ANWAR
BIN IBRAHIM
BERI SOKONGAN
AMIN
AZAM BIN BAKI
BARUA SETIA
KEPADA ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Agong titah pegawai tidak amanah ditukarkan, jangan berlengah
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu mana-mana pegawai dikenal pasti gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti untuk ditukarkan segera.
Baginda bertitah, jika ada pegawai tidak mampu melaksanakan amanah dengan jujur, berikan peluang kepada mereka lebih layak dan bersih untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan
"Berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pelbagai lagi. Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Tidak kira apa pangkat anda. Begitu juga ejen yang menjadi 'orang tengah' dan pembekal pelbagai peralatan, pakaian serta perubatan, anda juga dalam 'radar'," titah baginda hari ini.
Tanpa menamakan mana-mana individu, baginda juga mahu pegawai gagal menjalankan tanggungjawab itu ditukarkan dengan penjawat awam yang mampu melaksanakan amanah dengan jujur.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut memberi amaran, lebih ramai lagi pihak yang berada dalam radar baginda bagi misi memerangi rasuah.
Baginda turut memberi peringatan supaya tidak mengambil mudah isu itu, selain mendedahkan memiliki pasukan risikan peribadi.
"Jangan anda semua ingat saya tidak tahu apa-apa, saya juga mempunyai risikan sendiri," titah baginda.
Penegasan baginda itu dibuat selepas mengambil kira usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau retorik memandangkan tiada pihak boleh terlepas daripada undang-undang.
Justeru, tegas baginda, misi membanteras rasuah akan dilaksanakan secara tanpa kompromi, membabitkan semua jabatan dan agensi kerajaan.
Ini kerana, baginda bertitah, rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan tidak akan ditoleransi dalam pentadbiran negara sama sekali.
"Jangan ingat memerangi rasuah ini hanya bertumpu pada segelintir jabatan atau mereka yang memberi dan menerima. Bak kata pepatah 'siapa makan cili, dia terasa pedas'," titah baginda.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan