Isnin, 16 Februari 2026

SUSUN ATUR DEMO SEKALI LAGI


SUSUN ATUR

DEMO SEKALI

LAGI

AMIN

GASAK 

AZAM BIN BAKI

HUMBAN ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


Guan Eng, Amira Aisya gesa Azam Baki digantung tugas


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Guan Eng, dan Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, hari ini tampil dengan kenyataan berasingan bagi menggesa  Azam Baki digantung tugas supaya siasatan berkait Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dapat dilaksanakan secara telus serta bebas.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, menegaskan dirinya tetap berpegang kepada kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dikeluarkan pada 12 Januari 2022 ketika beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP.

Katanya, Majlis Presiden PH ketika itu telah menggesa supaya Azam dan dua individu lain digantung tugas berhubung skandal pegangan saham bagi memberi laluan kepada siasatan bebas.

Beliau berkata, Azam kini sekali lagi terbabit kontroversi berkait pegangan saham susulan laporan berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Sebagaimana dicadangkan oleh Majlis Presiden PH pada 2022, saya juga bersetuju isu ini wajar dibahaskan sebagai satu usul khusus di Parlimen sebelum sidang semasa berakhir pada 3 Mac 2026," katanya.

Sementara itu, Amira Aisya turut mendesak Azam digantung tugas serta-merta supaya siasatan dakwaan berkait dengannya dapat dilaksanakan secara telus.

Amira Aisya mendakwa ia susulan kredibiliti Azam sudah dipersoalkan sejak 2021, terutama berkaitan isu pemilikan saham.

"Macam mana kita nak percaya kepada SPRM apabila Ketua Pesuruhjayanya sendiri (didakwa) sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi dipercayai orang ramai?

"Sejak 2021, kredibiliti Azam (didakwa) dipersoalkan, khususnya berkaitan isu pemilikan saham.

"Ketika itu, ramai yang turun ke jalan raya menuntut beliau berundur. Pihak pembangkang dan PH turut bersama dalam tuntutan berkenaan," katanya dalam satu hantaran melalui media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi kini adalah sebaliknya apabila kontrak perkhidmatan Azam diperbaharui berulang kali.

"Sampai bila sokongan ini akan berterusan?

"Kenapa sukar sangat untuk menggantung (tugas) Azam sementara siasatan dijalankan, supaya proses siasatan dapat dilakukan secara telus?

"Rakyat bukan bodoh. Rakyat melihat, rakyat membaca dan rakyat tidak akan berdiam diri. Sampai bila mahu mempertahankan Azam?" katanya.

Dalam pada itu, Amira Aisya turut mengajak orang ramai menyertai perhimpunan 'Tangkap Azam Baki' dijadualkan berlangsung pada petang ini.

Agensi berita antarabangsa, Bloomberg, dalam laporannya baru-baru ini mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam menegaskan saham yang dirujuk dalam laporan itu telah dilupuskan sebelum penerbitan artikel terbabit, dan sebarang pelaburan dilakukan telah dibiayai dengan pendapatan sah mengikut undang-undang serta faedah persaraan yang diperoleh sepanjang tempoh hampir empat dekad dalam perkhidmatan awam.

Malah, Azam dilapor sudah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg susulan laporan itu yang disifatkan beliau sebagai berunsur fitnah.

Semalam, media melaporkan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan Jawatankuasa Khas Siasatan yang diketuainya, sudah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham oleh Azam.

Tiada ulasan: