Isnin, 16 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

SENIN 16 FEBUARI 2026

CUTI


ESOK CUTI 
HARI RAYA CHINA ESOK  – hari ini  semua kita dalam suasana berpesta – Dari apa yang di lapor jalan dan lebuh raya  sesak – Semua BALIK KAMPUNG – ini budaya kita.

Lepas RAYA CHINA -  yang Islam  BERPUASA – ini juga PESTA MAKAN -  gua terbaca di iklan harga BUFFET RAMADAN di Hotel – Aduh – harga satu kepala  macam bajet gua seminggu ke Chow Kit.

MALAYSIA NEGARA CUTI
Jangan risau – dari pengalaman gua Malaysia adalah negara yang PALING BANYAK CUTI DALAM DUNIA  INI. Hari Raya Melayu, Hari Raya India, Hari Raya China – Hari Gawai – Thaipusam – Maulud Nabi  DAN DAN DAN dan Hari Jadi Raja – Wow... enjoi de menjoi.

Di London gua ingat lagi – Hanya ada Krismas dan Tahun Baru – dan sehari MONDAY  BANK HOLIDAY – dimana Notinghill Festival  di rayakan. Hari ISA NAIK KE LANGIT juga ada cuti. Gua tak ingat hari jadi Minah Elizebeth  ada cuti atau tidak ? Kah kah kah.

Di Belgium pun sama – negara Katolik Beraja – Hari Isa naik ke langit di rayakan.  RAJA BELGIUM – masa gua belajar di disana adalah Canselor Uni Gua – tapi takda sapa ambil pot bila dia lahir

TETAPI DI EROPAH  pada 11 November tiap tahun BERCUTI – hari memperingati TAMAT PERANG  DUNIA PERTAMA – ARMISTICE DAY. 

Untuk gua ini bersejarah – malah pada 11 November 1985 – kampus tutup gua naik bas dari WAVRE nak enjoi  ke BRUSSELS . Bas kami melintas di satu pekan kecil – gua ternampak PAK CIK PAK CIK BELGIUM – para  veteran berarak membawa bendera – Mereka ini VETERAN PERANG DUNIA KE DUA.

Ingat tak Dulu Hari ini di panggil Hari Poppy – Tongkat juga ada menulis sajak BUNGA POPI. Amin

HOKKIEN
Pagi ini sejuk – basah segar – awal gua masuk matahari belum muncul tapi cerah. Tak lama kemudian sinar sampai – enak membakar pipi. Langit biru indah berawan putih yang nipis. KL & KL Sentral berkabus  kerana hujan lebat kemarin.

Awalnya gua tak nampak Siti dan Keluarga – Kemudian Emak muncul – ha ha dari celah-celah makam semua keluar. Lalu gua beri makan. Puppy Itam pun ada. Ini rare.

Terkukur berlagu dari atas bukit. Yang lain gua tak dengar. Berjalan pulang nak sampai ke Wakaf Pertama gua dengar suara Tiong –  Burung ini  sudah tahu Friskies akan ditabur.  Apakah Tiong yang datang  ini - Suami Isteri Tiong yang sama ?

Ketika gua menulis suara How Wow terdengar dari belakang  dapur.  

Gua yakin hari ini akan panas. Ini  watak Tahun Baru China – panas dan berangin. Di Tanah Besar China minggu  ini mereka mengeringkan itik di luar rumah – bukan panggang tapi itik kering. Bersedia untuk makan  besar. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Ketika lu berpesta lu riang gumbira  - kawan ramai – lagi ramai lagi seronok.

BRO
Ketika lu enak berpesta – lu tak akan sedar masa berjalan.

BRO
Pasca pesta lu akan hadapi kembali apa yang lu tinggalkan dulu. Amin.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: