TRUMP BUAT
LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
DUNIA TANYA
BILA NAK
SERANG IRAN
KAH KAH KAH
MUSTAHIL HAMAS
AKAN LUCUT
SENJATA SELAGI
ISRAEL MENJAJAH
KHALAS
Trump gesa Hamas
laksana pelucutan senjata
sepenuhnya serta-merta
WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menggesa Hamas supaya meneruskan agenda pelucutan senjata mengikut pelannya bagi Gaza pascaperang, sambil memaklumkan anggota yang digelar sebagai 'Lembaga Keamanan' berikrar menyalurkan AS$5 bilion (RM19.5 bilion) bagi pembinaan semula wilayah Palestin itu.
"Paling penting, Hamas mesti menunaikan komitmen terhadap pelucutan senjata sepenuhnya dan serta merta," kata Trump dalam hantaran di platform Truth Social miliknya, menjelang mesyuarat lembaga itu pada Khamis di Washington.
Pelucutan senjata adalah komponen utama fasa kedua pelan gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin itu, susulan perang yang tercetus akibat serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan berkenaan pada November.
Fasa kedua menetapkan pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza dan Hamas perlu melucutkan senjata, dengan pasukan penstabilan antarabangsa dikerahkan bagi menjamin keselamatan.
Hamas berulang kali menyatakan pelucutan senjata sebagai garis merah, namun memberi bayangan ia boleh mempertimbangkan untuk menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pentadbiran Palestin pada masa depan.
Kedua-dua pihak saling menuduh melakukan pelanggaran gencatan senjata hampir setiap hari.
Walaupun pada asalnya bertujuan menyelia pembinaan semula Gaza, piagam Lembaga Keamanan dilihat tidak mengehadkan peranannya kepada wilayah Palestin itu sahaja.
"Lembaga Keamanan mempunyai potensi tanpa had," kata Trump dalam hantaran berkenaan.
Selepas mesyuarat awal di luar acara World Economic Forum di Davos bulan lalu, lembaga itu dijadual bermesyuarat Khamis ini di ibu negara AS.
Negara yang ingin menjadi anggota tetap diminta menyumbang AS$1 bilion (RM3.89 bilion), manakala jemputan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, yang melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022, mencetuskan kritikan.
Sekutu utama AS termasuk Perancis dan Britain menyuarakan keraguan terhadap inisiatif berkenaan.
Trump berkata, ikrar sumbangan AS$5 bilion oleh negara anggota akan diumumkan secara rasmi pada mesyuarat itu, selain memaklumkan anggota turut berikrar menghantar ribuan anggota kepada Pasukan Penstabilan Antarabangsa dan Polis Tempatan bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk Gaza.
Trump sebelum ini menyatakan organisasi itu akan berfungsi selaras dengan PBB."Board of Peace akan terbukti sebagai badan antarabangsa paling berpengaruh dalam sejarah," katanya.
Di bawah pelan gencatan senjata itu, sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin turut ditubuhkan dengan matlamat mengambil alih pentadbiran di Semenanjung Gaza yang musnah teruk.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan