UNDANG-UNDANG
INI PASTI TAK
LULUS JIKA
TAK DI BAIKI
AMIN
10 YB PKR
TAK SOKONG
AMIN
CAMPUR YB PN
PASTI BUNGKUS
KHALAS
𝐀𝐆-𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐚, 𝐏𝐍
𝐃𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐑𝐔𝐔 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧
PARLIMEN | 26 Feb 26 – Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang digembar-gemburkan sebagai langkah reformasi institusi kini dipersoalkan apabila didakwa tidak menghapuskan kuasa mutlak, sebaliknya hanya memindahkannya kepada jawatan baharu.
Dalam sidang media Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), mendedahkan bahawa pindaan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan bukanlah reformasi substantif.
“Tapi dengan pindaan yang dibuat, ianya hanya merupakan satu perkara yang disebut sekarang ini, copy and paste. Kata YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Whip Ahli Parlimen PN.
Tambah Takiyuddin, sebelum ini di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai budi bicara mutlak untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sesuatu prosiding jenayah. Kuasa itu lama menjadi kritikan masyarakat sivil kerana terlalu luas dan tidak tertakluk kepada semak dan imbang yang jelas.
“Kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini, perkara yang saya sebutkan tadi, Ada dalam perkara 145 (3) ini, telah dipotong (deleted) 145 ini. Jadi kita ingat telah selesailah potong kuasa AG ini, tetapi ianya digantikan dengan word by word, kalau sebelum ini kuasa peguam negara, sekarang ini kuasa pendakwa raya. Ujarnya.
Namun menurutnya, walaupun peruntukan asal dipotong, kandungan kuasa yang sama dimasukkan semula dalam peruntukan baharu, yang kini diberikan kepada Pendakwa Raya. Teksnya didakwa hampir seratus peratus sama, sekaligus ia menimbulkan persoalan.
“Adakah ini benar-benar reformasi, atau sekadar pertukaran nama pemegang kuasa? Ujarnya.
Lebih membimbangkan, pembangkang menegaskan bahawa kuasa tersebut masih bersifat mutlak tanpa akauntabiliti yang jelas kepada Parlimen atau mana-mana badan pengawasan. Berbeza dengan menteri kabinet yang bertanggungjawab kepada Parlimen, Pendakwa Raya tidak tertakluk kepada mekanisme pertanggungjawaban yang setara.
Keputusan untuk mendakwa atau memberhentikan kes juga didakwa tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman, menjadikannya bersifat tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Sehubungan itu, pembangkang menuntut agar RUU tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang baharu dan bersifat rentas parti, melibatkan kerajaan, pembangkang serta pihak berkepentingan termasuk NGO dan pakar perundangan.
“Jadi oleh sebab itulah kita mencadangkan supaya isu berkaitan dengan pemisahan mewujudkan jawatan pendakwa raya ini dirujuk kepada jatuh kuasa pilihan khas parlimen rentas parti.
“Rentas parti, bukan yang biasa. Yang melibatkan perkara yang besar ini, yang melibatkan pembangkang, melibatkan pihak kerajaan, mungkin melibatkan pihak-pihak luar, NGO-NGO dan sebagainya dipanggil. Katanya.
PN juga mencadangkan supaya kuasa Pendakwa Raya dibuka kepada semakan kehakiman sebagai satu mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.
“Dan kita juga mahu kalau boleh sebagai satu check and balance, semak dan imbang, kuasa pendakwa raya ini boleh disemak oleh mahkamah melalui semakan kehakiman ataupun judicial review.
“Sekarang ini apa saja yang dibuat oleh pendakwa raya tidak boleh dicabar di mahkamah. Tambah beliau.
Sehubungan itu, pembangkang menggesa agar RUU ini ditarik daripada bacaan kali kedua dan diteliti semula secara menyeluruh, bagi memastikan reformasi institusi yang dijanjikan benar-benar membawa perubahan struktur, bukan sekadar perubahan kosmetik. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan