Ahad, 1 Mac 2026

GULINGKAN KERAJAAN BUKAN SATU JENAYAH


PAKAT PAKAT

KUMPUL KUMPUL

GULINGKAN

KERAJAAN BUKAN

JENAYAH

AMIN

JIKA JENAYAH

PASTI SEMUA YB

DAH KENA DAKWA

KHALAS


Anwar kena jawab 'konspirasi' guling kerajaan - MIPP

Sekutu PN, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menuntut penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan "konspirasi" yang dikatakan membabitkan isteri bekas menteri untuk menggulingkan Kerajaan Madani.

Timbalan Presiden MIPP S Subramaniam menegaskan dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, sebarang pertukaran kerajaan hanya boleh berlaku jika calon baru mendapat sokongan mudah sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen (MP) di Dewan Rakyat.

"Jika benar ada konspirasi mengulingkan kerajaan… siapa ahli parlimen daripada blok kerajaan yang sedia melompat atau menarik balik sokongan untuk menumbangkan pentadbiran sedia ada?"

"Saya sebagai rakyat Malaysia, saya meminta Anwar memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini," katanya kepada Malaysiakini.

Dia menekankan komposisi semasa blok pembangkang dan kerajaan sebagai asas pertanyaan itu.

Menurut Subramaniam, blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) kini mempunyai 69 kerusi, termasuk sokongan Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dia juga menyenaraikan jumlah kerusi bagi bloc sokongan kerajaan: PH (82), BN (30), GPS (23), GRS (enam), Warisan (tiga), KDM (dua), PBM (satu) dan Ahli Parlimen bebas (tujuh termasuk enam ahli parlimen daripada Bersatu yang menyokong perdana menteri), menjadikan keseluruhan 153 kerusi.

Laporan sebelum ini menyebut polis sedang menyiasat seorang "individu berpengaruh" yang didakwa merancang sabotaj terhadap kestabilan negara melalui saluran media antarabangsa.

Semalam, Malaysiakini melaporkan isteri seorang bekas menteri kini berada dalam pemerhatian polis selepas laporan mendakwa dia merancang untuk menggulingkan kerajaan dan Anwar.

Difahamkan wanita itu merupakan "individu berpengaruh" yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara Khalid Ismail dalam kenyataannya awal hari ini, ketika dia mengumumkan siasatan kes cubaan menggulingkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Khalid mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurut salinan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, wanita itu didakwa mengadakan mesyuarat dalam talian sekitar Julai tahun lalu, yang membincangkan perancangan untuk menggunakan saluran media antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Dua anak bekas menteri tersebut, dua peguam, dan beberapa wakil firma komunikasi strategik antarabangsa didakwa turut menyertai mesyuarat itu.

Berdasarkan laporan itu, mesyuarat tersebut turut melibatkan dua ahli perniagaan, termasuk seorang yang membuat laporan polis kerana menyatakan rasa tidak setuju dengan rancangan berkenaan dan telah menarik diri.

Pengadu berkata dia merasakan perkara itu salah dan mempunyai unsur pengkhianatan kerana ia melibatkan kerjasama dengan “ejen asing” untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Na’imah Khalid, balu bekas menteri kewangan Allahyarham Daim Zainuddin, telah menafikan sebarang bentuk usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Dia menegaskan kandungan laporan polis itu sebagai “palsu dan tidak masuk akal”.

Na'imah berkata masa laporan polis dibuat menunjukkan cubaan terdesak untuk mengalihkan perhatian umum daripada desakan yang semakin meningkat supaya Azam disingkirkan daripada jawatannya

Menurutnya laporan itu dibuat tujuh bulan selepas perbincangan yang didakwa dan ketika kerajaan pimpinan Anwar berdepan antara skandal terbesar.

Sementara itu, Subramaniam menyentuh mengenai sejarah penglibatan Anwar Ibrahim sendiri dalam usaha mengambil alih kuasa di luar pilihan raya umum sebelum ini.

"Saya ingin mengingatkan rakyat mengenai peristiwa pada tahun 2010 apabila Anwar, yang ketika itu merupakan ketua pembangkang, mendakwa mempunyai sokongan 30 Ahli Parlimen BN.Dakwaannya pada masa itu adalah untuk membentuk kerajaan baru pada tarikh ikonik 16 September, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

"Pada Sept 2020, dia sekali lagi mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

"Memandangkan perdana menteri sangat berpengalaman dalam strategi 'angka' ini, dia sepatutnya memberitahu rakyat berapa jumlah MP kerajaan yang didakwa sedia menarik balik sokongan kepadanya kali ini.

"Adakah benar wujud jumlah yang cukup, atau ini sekadar naratif untuk menekan pihak lawan," soalnya lagi.

Menurutnya, faktor luaran seperti sokongan media antarabangsa, dana, mahupun pengaruh politik tertentu tidak memadai untuk mengubah status quo kerajaan di Parlimen.

"Sokongan media luar negara atau duit sebanyak mana pun tidak boleh melantik perdana menteri. Anda tetap memerlukan 112 kerusi.

"Jika PN hanya ada 69, jadi siapa baki MP yang diperlukan untuk mendapatkan minimum 112 itu," katanya lagi.

Bagaimanapun, Subramaniam menyifatkan tindakan menggunakan instrumen undang-undang untuk menyiasat "konspirasi" tanpa bukti sokongan parlimen yang jelas sebagai sesuatu yang meragukan.

Tiada ulasan: