Ahad, 1 Mac 2026

PEMIMPIN BARU DI IRAN


PATAH TUMBUH

HILANG BERGANTI

AMIN

SEMUA TELAH

DIATUR SATELAH

MELIHAT

MADURO KENA

CULIK

AMIN

PERANG TERUS

LAWAN ISRAEL

LAWAN AMERIKA

AMIN

KHALAS





Iran tubuh majlis 3 anggota urus peralihan kuasa selepas pembunuhan Khamenei



TEHRAN: Iran umum penubuhan majlis khas dianggotai Presiden, Masoud Pezeshkian; ketua badan kehakiman dan seorang ulama Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Majlis itu ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran negara terus berjalan sementara proses melantik pemimpin agung baharu dimulakan mengikut peruntukan undang-undang tertinggi negara, lapor BBC.

Dalam masa sama, Majlis Pakar Kepimpinan yang dianggotai golongan ulama kini memikul tanggungjawab penting untuk memilih pengganti Khamenei sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, usaha menghimpunkan ahli majlis berkenaan dijangka berdepan cabaran keselamatan berikutan Iran sedang berada di bawah serangan ketenteraan hebat oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Risiko serangan udara yang masih berlaku di beberapa wilayah utama menyebabkan keselamatan ahli Majlis menjadi keutamaan.

Sejarah mencatatkan bahawa Khamenei dilantik memegang jawatan itu pada hari sama pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini meninggal dunia, bagi mengelakkan kekosongan kuasa.

Bagaimanapun, keadaan semasa yang dibayangi konflik bersenjata serta kerosakan infrastruktur awam dan strategik dilaporkan merumitkan prosedur peralihan kali ini.

Setakat ini, pihak berkuasa Tehran belum mendedahkan lokasi atau garis masa rasmi bagi mesyuarat Majlis Pakar atas faktor kerahsiaan dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, Iran mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan pembunuhan Khamenei, menurut pengumuman media kerajaan pada Ahad.

Media rasmi melaporkan tempoh berkabung itu akan disertai dengan upacara penghormatan di seluruh negara, termasuk majlis doa, perhimpunan awam dan penghormatan rasmi oleh pemimpin politik serta ketenteraan.

Sepanjang tempoh itu, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan, manakala program rasmi dan acara tertentu dijangka ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin tertinggi berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas media kerajaan Iran mengesahkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan politik dalaman negara itu.

Khamenei memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan adalah tokoh paling berkuasa dalam sistem pemerintahan Iran, dengan pengaruh langsung terhadap dasar politik, keselamatan dan ketenteraan negara itu. - AGENSI




Tiada ulasan: