PAGI INI
PAGI INI
AHAD 1 MAC 2025
PUASA HARI KE 11
DEMO MALAM INI
IRAN DI SERANG
Kemarin Sabtu Iran telah di serang oleh Zionis Isreal dan Amerika. PERANG BESAR BERMULA.
Seperti yang di janjikan Iran terus menembak semua pangkalan Amerika di Timur Tengah. Bahrain, Dubai, Abu Dhabi, UAE, Qatar – semua jadi sasaran. Di wilayah ini ada soldadu Amerika.
PELURU BERPANDU IRAN juga menghantam Israel – laporan awal Bom Bom Tel Aviv. Bom Bom Haifa.
MALAM INI JAM 9 MALAM ADA DEMO DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA.
TOLAK PERANG – UMAT ISLAM BERSEMBAHYANG HAJAT – Mula jam 9 – hingga SAHUR. TURUN SEMUA TURUN !!!
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Panas terasa di pipi. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Tiga Abang Potong rumput sedang bekerja. Wilayah rumput tebal kini jadi kontot. Tiong berkeliaran mencari rezeki.
Siti dan keluarga tak kelihatan. Hanya Saekor Jantan Putih mula berkawan dengan Tak Tak.
Berjalan pulang gua nampak Siti dan Keluarga – mereKA datang berlari. Lalu gua beri nasi dan Friskies. Pagi ini Tiong Suami isteri tak datang – mungkin kerana berubah tempat.
Hari ini akan panas. Hujung minggu – panas pasti membawa rezeki pada Bazar Ramadan. Di harapkan petang ini redup – dan malam kami harap sejuk santai enak untuk berdemo. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu tak turun berdemo – lu tak rasa enaknya nikmat ramai-ramai mengutuk Amerika.
BRO
Bila lu berdemo – ramai datang – lu akan jadi berani.
BRO
Lu datang berdemo untuk buat ramai. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERPUASA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan