MAKIN JELAS
BILA INI BERLAKU
PKR GOYANG
AMIN
RAFIZI KINI
DILIHAT SOSOK
PENGANTTI
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
JUSTERU PERLU
TERUS DITEKAN
KHALAS
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memaklumkan dia telah menjawab surat tunjuk sebab kepada PKR semalam, dengan antara lain menjelaskan kenyataan yang dibuatnya cukup senang difahami tanpa memerlukan tafsiran yang rumit.
Ia walaupun PKR cuba menafsirkan kenyataan yang dibuatnya, iaitu kemungkinan untuk dia bertanding dalam PRU16 bukan atas tiket PKR, sebagai pengisytiharan keluar parti, katanya dalam hantaran di media sosial semalam.
Dalam surat jawapan yang turut dilampirkan dalam hantaran itu, Rafizi berkata kenyataannya yang dibuat ketika wawancara bersama Sin Chew Daily sebenarnya “mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik”.
“...Ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut,” katanya.
Dia berkata maksud kenyataannya adalah dia akan kekal sebagai anggota PKR dan berkhidmat sebagai ahli Parlimen Pandan sehingga tamat penggal ini, namun berhak membuat perancangan sendiri selepas itu.
“Saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal,” katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh dilaporkan berkata Rafizi diberi tempoh sehingga semalam bagi menjelaskan kenyataannya berhubung bertanding pada PRU16 bukan atas tiket PKR.
Pada Khamis lepas, Rafizi mengesahkan menerima notis tunjuk sebab daripada PKR atas alasan dia mengisytiharkan keluar parti.
Semalam, Fuziah berkata surat itu dikeluarkan kerana kenyataan Rafizi itu menggambarkan dia seperti sudah hilang kepercayaan kepada parti.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan