Ahad, 1 Mac 2026

BALU DAIM JADI MANGSA


HANYA SATU

JAWAPAN 

KHALAS



Semalam tular mengenai cubaan gulingkan kerajaan yang dikaitkan dengan Toh Puan Naimah balu kepada arwah Tun Daim. Juga terkait ialah anak anak dia.
Tersebar juga beberapa perkara antaranya salinan laporan polis dan banyak posting media sosial mengenainya seperti di bawah.
Jika ini benar ia sebenarnya memburukkan imej Anwar Ibrahim itu sendiri.
1. Laporan polis ini dibuat oleh orang yang bawah proposal nak buat buku dan dokumentari mengenai arwah Tun Daim. Adakah kemungkinan ada permintaan tak dipenuhi menyebabkan sehingga laporan polis dibuat? Adakah ada unsur balas dendam?
2. Adakah seperti Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) "overreact" Terhadap laporan polis ini?
3. Jika benar pun, adakah salah menggunakan media konsultan bagi menangani isu politik atau bertujuan mendedah jenayah?
4. Jika ia jenayah bagaimana dengan parti politik termasuk PKR dan DSAI yang menggunakan konsultan luar sebelum ini ?
Malah ingat dulu pembangkang gunakan Sarawak Report, Reuters, BBC News , ABC News dan sebagainya. Paling tidak Tempo Media dari seberang.
5. Cuba menukar kerajaan atau Pendana Menteri tidak salah dan dibenarkan parlimen . (Yang salah kalau secara keganasan atau tidak dibenarkan undang undang). Kes Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chan yang dibebaskan oleh Mahkamah (malah mendapat ganti rugi kerana tangkapan dan pengurungan salah) harus dijadikan pengajaran.
Bertukar parti pemerintah atau perdana menteri bukan lagi asing bagi negara ini. Kita telah melalui bukan sahaja pertukaran melalui pilihanraya malah tengah penggal pemerintahan. Semua pengalaman itu seharusnya mematangkan Malaysia.
6. DSAI sebelum ini juga selalu dikaitkan dengan usaha jatuhkan kerajaan dengan perbagai rundingan dan pengumuman "cukup nombor" , maka kalau kini ada yang melakukan ia tidak salah seperti mana dia tidak salah melakukan berkali kali dulu.
7. Kepada PDRM, kalau nak serius kenapa tak siasat Bloomberg yang melaporkan sesuatu yang memalukan (fit nah) YDPA. Bloomberg melaporkan YDPA terlibat nak buka kasino di Forest City dan laporan itu menyatakan ia dari maklumat dalam kerajaan. Bukan sahaja tidak ada tindakan malah PM sendiri, seminggu selepas itu terbang ke luar negara hadiri program tajaan Bloomberg.
Kenapa tak dicari pemecah maklumat dari dalam kerajaan Anwar Ibrahim itu ? Yang menjadi kambing hitam cheGuBard didakwa akta hasutan di Johor Bahru kerana menulis mendesak kerajaan bertindak atas tulisan Gina Raja Melayu itu.
8. Bukan sekali malah berkali kali media yang sama membuat perbagai laporan dengan menyatakan maklumat dari dalam kerajaan.
Namun sumber dalam kerajaan yang disebut itu bebas lepas.
Saya menyokong tindakan Azam Baki, saman media asing mengenai laporan dia terlibat kegiatan mafia dengan gunakan kedudukannya melakukan ugutan sehingga dia dapat saham berjuta juta. Harap tidak separuh jalan.
Isu sebenar bukan sekadar miliki saham nilai tinggi tapi pendedahan kegiatan mafia ugut korporat dan seumpamanya, perlu diperjelaskan.
Kesimpulannya diharap semua bertenang.
Nota : Imej dibawah hasil tangkap layar tular di media sosial dinaikkan bagi menunjukkan betapa isu ini sebenarnya memburukkan imej DSAI.

Tiada ulasan: