Sabtu, 7 Mac 2026

JANGAN DENGAR CAKAP PBB


JANGAN DENGAR

JANGAN IKUT

INI PEMINTAAN

ISREAL

KAH KAH KAH

TERUS SERANG

HANTAM HANTAM

HINGGA ISREAL

HANCUR

KHALAS

PBB, OIC dan EU perlu bertindak segera tamatkan perang AS-Iran

Serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu belum menunjukkan akan berakhir dalam tempoh terdekat, bahkan dikhuatiri berlanjutan.

Tambahan pula ia diburukkan lagi dengan insiden serangan torpedo kapal selam AS terhadap kapal milik Iran kelmarin, menambahkan lagi bara konflik antara Washington dan Tehran.

Serangan torpedo terhadap kapal perang Iran di perairan antarabangsa yang mengorbankan sekurang-kurangnya 87 tentera Iran itu bukan sekadar konfrontasi dua kuasa, tetapi berpotensi mencetuskan krisis keselamatan global lebih luas.

Tindakan ketenteraan seperti ini sudah pasti meningkatkan risiko tercetusnya perang terbuka sukar dikawal. Iran dilaporkan berikrar membalas tindakan AS.

Pada masa sama, beberapa negara berjiran Iran turut diprovokosi pihak asing kononnya lokasi strategik mereka diserang Tehran, manakala India didakwa menyediakan kemudahan kepada kapal selam AS melakukan serangan torpedo.

Ketegangan ini turut merebak ke kawasan strategik seperti Selat Hormuz, laluan perdagangan amat penting kepada bekalan tenaga dunia.

Kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global melalui laluan penting itu, sebarang gangguan di kawasan ini pasti memberi kesan besar kepada kestabilan pasaran tenaga dunia.

Besar kemungkinan harga minyak mentah global akan melonjak berikutan peningkatan ketegangan terkini. Laporan pasaran menunjukkan harga minyak mencecah lebih AS$80 satu tong, didorong kebimbangan terhadap gangguan bekalan dan keselamatan kapal tangki di rantau itu.

Jika harga minyak melonjak, kos tenaga bakal meningkat berisiko menaikkan kos pengangkutan, makanan dan barangan asas. Negara membangun termasuk Malaysia bergantung kepada import tenaga akan terkesan, inflasi global berpotensi meningkat.

Ketika keadaan ekonomi global baharu hendak melegakan, peperangan terbaharu di Asia Barat hanya akan menambah tekanan terhadap perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan. Pelabur akan lebih berhati-hati, pasaran kewangan bergolak dan pertumbuhan ekonomi dunia terjejas.

Dalam keadaan sebegini, masyarakat antarabangsa tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh membisu dan 'berpeluk tubuh' membiarkan perang berlarutan.

Keputusan muktamad perlu dibuat terutama Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menamatkan segera perang yang bakal menyebabkan implikasi bersilang di rantau itu serta negara lain.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah (EU) patut memainkan peranan lebih tegas dan lantang untuk menghentikan peperangan ini.

Rundingan damai, tekanan diplomatik dan usaha menjadi orang tengah perlu dipergiatkan bagi mengelakkan konflik ini berkembang menjadi krisis global lebih besar.

Hakikatnya, perang antara AS dan Iran tidak akan membawa kemenangan sebenar kepada mana-mana pihak. 'Menang jadi arang, kalah jadi abu'. Kestabilan ekonomi dunia akan terjejas.

Justeru, suara kolektif masyarakat antarabangsa amat diperlukan sekarang. Dunia memerlukan keamanan, bukan peperangan yang hanya membawa kemusnahan dan ketidakstabilan berpanjangan

Tiada ulasan: