Isnin, 2 Mac 2026

SELAT HORMUZ SENJATA IRAN


SELAT HORMUZ

SENJATA IRAN

AMIN

TUTUP

SELAT HORMUZ

DUNIA KAPITALIS

AKAN GOYANG

KHALAS


Mengapa Selat Hormuz sangat penting dalam perang dengan Iran

LONDON: Kira-kira 150 kapal tangki minyak dilaporkan telah berlabuh di perairan terbuka Teluk di kedua-dua sisi Selat Hormuz, laluan perdagangan penting dunia di sempadan selatan Iran.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan bahawa laluan perairan itu boleh disekat, yang berpotensi menyebabkan kenaikan ketara harga minyak.

Apakah Selat Hormuz?

Asia Barat ialah rantau pengeluar minyak utama dunia, dan laluan perairannya merupakan saluran penting perdagangan maritim.

Perkara ini amat benar bagi Selat Hormuz, yang mengendalikan satu perlima perdagangan minyak dunia — kira-kira 21 juta tong sehari.

Selat ini ialah laluan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi ke Teluk Oman, seterusnya ke Laut Arab dan Lautan Hindi.

Ia sepanjang kira-kira 100 batu dan hanya 24 batu lebar di bahagian paling sempit, bersempadan dengan Iran di utara serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman di selatan.

Negara-negara di seberang Teluk Parsi berhadapan Iran — termasuk UAE, Kuwait, Bahrain dan Qatar — menghasilkan sebahagian besar minyak dunia.

Namun, selat berkenaan merupakan satu-satunya laluan bagi kapal tangki yang membawa minyak mereka untuk sampai ke pasaran global, menjadikannya antara "titik sempit" (choke point) paling strategik dalam perdagangan dunia.

Sekatan di selat itu boleh menolak harga minyak melebihi AS$100 setong, menurut penganalisis Goldman Sachs sebelum ini.

Pada Jumaat, harga berada di bawah AS$70 setong. Menurut Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), kadar inflasi di negara maju meningkat kira-kira 0.4 mata peratusan bagi setiap kenaikan 10 paratus harga minyak dunia.

Bagaimana Iran boleh menutup Selat Hormuz?

Penganalisis berkata, terdapat pelbagai cara Iran boleh cuba menyekat akses ke selat tersebut.

Iran telah membangunkan "pelbagai keupayaan yang besar", termasuk periuk api laut, bot serangan pantas, kapal selam, dron dan sistem peluru berpandu, kata Nick Childs, pakar keselamatan maritim di International Institute for Strategic Studies.

Beliau berkata, jika digunakan dalam kempen menyeluruh, keupayaan itu boleh menyebabkan gangguan besar serta membahayakan unit tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan negara lain, termasuk kapal penyahaktif periuk api yang cuba memastikan laluan perairan itu kekal terbuka.

Terdapat juga kemungkinan bahawa Iran tidak menutup selat sepenuhnya, sebaliknya melancarkan kempen gangguan yang lebih bersasar terhadap kapal tertentu — mungkin kapal Israel, AS atau negara Barat lain.

Namun, langkah menutup laluan itu secara penuh dianggap tindakan melampau bagi Iran, memandangkan ia boleh menimbulkan kemarahan pelanggan utamanya, China, serta Qatar dan UAE — dua lagi negara pengeluar minyak utama. - Agensi

Tiada ulasan: