OPERASI
JANJI SUCI 4
AMIN
IRAN AKAN TERUS
MENYERANG
INI OPERASI
JANJI SUCI
TUNTUT BELA
KEMATIAN
KHAMENEI
KHALAS
Dua dron sasar pangkalan AS Victoria berhampiran lapangan terbang Baghdad
Peluru berpandu Iran bedil lebuh raya Baitulmaqdis, 3 cedera - Petugas perubatan Israel
Konflik Iran: Beribu penumpang terperangkap selepas hab penerbangan Asia Barat ditutup
Letupan kedengaran di bandar utama Telok : Wartawan
DUBAI: Letupan kuat kedengaran di beberapa bandar Teluk awal hari ini ketika Tehran terus melancarkan serangan terhadap negara-negara di rantau itu yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS), hari ketiga berturut-turut sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS-Israel.
Wartawan AFP dan saksi melaporkan, mereka mendengar beberapa letupan kuat di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Manama dan Kuwait City.
Pengeboman berterusan dan luar biasa Iran ke atas rantau Teluk telah menggemparkan kawasan yang sekian lama dilihat sebagai zon aman dan stabil di Asia Barat yang bergolak.
Kementerian Dalam Negeri Bahrain memaklumkan, serangan Iran mengorbankan seorang individu — kematian pertama negara kepulauan itu sejak kempen Tehran bermula — menjadikan jumlah korban di seluruh Teluk meningkat kepada lima orang sejak Sabtu.
Serpihan yang jatuh daripada peluru berpandu yang berjaya dipintas mencetuskan kebakaran di sebuah kapal asing di bandar pelabuhan Salman, menurut kementerian itu, mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan dua yang lain secara serius.
Sejak Sabtu, di seluruh Teluk, infrastruktur awam telah menjadi sasaran, termasuk lapangan terbang, pelabuhan laut, bangunan kediaman dan hotel. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan