PAGI INI
PAGI INI
SENIN 2 MAC 2026
PUASA HARI KE 12
PERANG HARI KE 3
HARAPAN TRUMP
Trump harap perang ini tak lebih dari satu minggu. Dari maklumat yang bocor ke media Trump merancang perang ini akan selesai DALAM MASA 4 hari dah tak lebih dari dua minggu.
Ini kerana jika lebih dari dua minggu maka ISRAEL AKAN PUPUS – Tambah pula BOM BESAR AMERIKA AKAN HABIS- Stok bom Amerika dah kecut kerana 4 tahun membekal senjata untuk Perang Ukraine.
Malah PANGLIMA BESAR AMERIKA tak setuju melancar perang ini kerana jika berpanjangan ke 3 bulan maka Amerika akan kehabisan peluru.
JUSTERU dari segi strategi – Amerika dan Israel dengan gila-gila akan bom Iran – Tapi untuk TUKAR KERAJAAN MUSTAHIL - Nak tukar kerajaan soldadu Amerika wajib masuk ke Iran.
Bom aka musnah kota dan bandar tapi PROJEK TUKAR KERAJAAN mustahil boleh berjaya hanya dengan bom.
Paling PERIT pasti Isreal – negara kecil dan padat- Peluru berpandu dan drone Iran masuk menyerang – banyak yang gagal tapi YANG BERJAYA AKAN MEMUSNAHKAN ISREAL.
Peluru berpandu Iran telah perlu semua berjaya – 10% saja berjaya masuk meledak – Israel akan hancur – ini kerana negara ini padat.
Dalam masa yang sama di laporkan China dan Rusia membantu Iran dari segi teknologi terkini. Senjata dan pesawat juga di lapor telah lama di hantar oleh Rusia.
SELAT HORMUZ
Jika selat ini ditutup maka ekonomi dunia jadi kacau. NAK TUTUP MUDAH – Pasang bom jangka – pasang bom pelampung – maka kapal minyak tidak akan berani masuk.
HARI INI DI BERITAKAN syarikat INSURAN telah enggan menjual insurans kepada kapal minyak yang akan ke Telok Parsi.
HARGA MINYAK – Pagi ini 2 Mac harga minyak dah naik 7% dari dua hari dulu – Satu tong kini berharga $72.02 dolar. Kalau perang berlanjutan mungkin cecah $150 dolar.
Petronas laba jual minyak – minyak kita minyak jenis untuk kapal terbang – jadi bahan eksport. Untuk kereta kita kena beli – EKONOMI kita akan parah – kerana ada subsidi.
MAUT DAN MATI
Pagi ini Trump buat kenyataan : warga Amerika wajib menerima hakikat bahawa akan ada soldadu Amerika mati. Berita melapor dah ada soldadu dah mati kemarin dan 5 cedera – di mana TAK JELAS.
TRUMP TERUS MENGGERTAK DAN MENGANCAM – kah kah kah – IRAN TAK AMBIL POT. Perang di teruskan. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar. Matahari dah keluar tapi cahaya tak bersinar. Langit biru bercapuk-capuk dengan awan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Bukit Kanan TUK TUK TUK – di Bukit Kiri How Wow bersuara. Di tengah jalan Cengkerik bersimponi.
Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja. Gua tercium bau rumput baru dipotong. Ini kawasan rumput panjang tempat gua terlihat ratusan Pipit cari rezeki. Tiga bulan lagi baru rumput ini panjang.
Wow – semua datang berkejar – Pagi ini makan spesial – banyak tulang dan kaki ayam – lebih dari sup gua. Semua datang makan.
Gua lihat bahu Siti ada luka – apa terjadi ?
Berjalan pulang dan sampai kembali ke Wakaf Pertama – KOSONG – saekor pun tak ada. Hanya Tiong Suami isteri menunggu – gua tabur Friskies untuk Tiong. Gua rasa semua dah kenyang – lalu tak perlu Friskies.
Hari ini pasti panas macam kemarin. Gua harap petang akan redup bantu Bazar Ramadan. Malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN
BRO
Lu nak tahu keindahan alam – lu masuk hutan belantara – lu akan terpegun betapa indahnya bumi dan alam kita ini.
BRO
Jangan rosakkan alam dan bumi ini. Kita hanya ada satu bumi.
BRO
Bila lu tebang pokok itu – lu menghancurkan satu kehidupan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEPUASA
SELAMAT BEKERJA





1 ulasan:
itulah otak bengong. trump sengaja cakap begitu seperti juga dia kata dia tak mau perang dengan iran. tengok apa sudah jadi. kalau amerika guna senjata terbaru, bolehkah iran bertahan lagi? kah kah kah!
Catat Ulasan