JANJI SUCI
INI BERITA BAIK
JANGAN BUKA
MEJA RUNDING
AMIN
GAGALKAN NIAT
TRUMP MAHU
PERANG PENDEK
AMIN
TAMBAH KORBAN
SOLDADU AMERIKA
AMIN
HANTAM LUMAT
ZIONIS ISRAEL
AMIN
PANJANGKAN
PERANG INI
HINGGA ISRAEL
LUPUS
KHALAS
Iran tidak akan berunding dengan AS - Pegawai tinggi Iran
ISTANBUL - Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani menafikan pada Isnin dakwaan bahawa Teheran berhasrat untuk memulakan semula rundingan dengan Washington, menegaskan bahawa Iran tidak akan mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Larijani, menerusi platform X, menangkis laporan yang mencadangkan Iran telah mengambil inisiatif baharu untuk berunding dengan AS.
Merujuk laporan Al Jazeera yang memetik The Wall Street Journal, yang mendakwa Larijani cuba menyambung rundingan dengan Washington melalui Oman, beliau menyatakan: "Kami tidak akan berunding dengan AS."
Dalam satu hantaran berasingan, Larijani turut menyelar kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai Iran.
Mengkritik Trump kerana mengheret rantau itu ke dalam kancah huru-hara dengan "ilusi kosong,” Larijani berkata: "Dia kini bimbang tentang kehilangan lebih banyak tentera Amerika. Dengan khayalannya sendiri, dia telah mengubah slogan ‘America First’ kepada ‘Israel First’ dan mengorbankan tentera Amerika demi kemaruk kuasa Israel.”
Beliau seterusnya menuduh Trump sengaja membiarkan anggota tentera Amerika dan keluarga mereka menanggung akibat daripada pembohongan baharu itu.
Kempen ketenteraan bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk. Tiga anggota tentera AS terkorban dan lima yang lain mengalami kecederaan serius. - Bernama
I


Tiada ulasan:
Catat Ulasan