Isnin, 2 Mac 2026

TAK PERLU MELALAK - PERLU TURUN


TAK PERLU

MELALAK

HANYA PERLU

TURUN

AMIN

SELAMAKAN

MALAYSIA DARI

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


Akmal, Afnan bidas Anwar bin Ibrahim: Lagi baik 'melalak' dari bohong

Pada Sabtu malam, Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim membidas pengkritiknya menerusi satu hantaran bersifat tersirat di platform X.

“Melalak ‘tiada tindakan’ tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen,” katanya.

Hantaran itu tidak disertakan konteks, sekali gus menimbulkan pelbagai tafsiran, termasuk andaian bahawa beliau merujuk kepada skandal membabitkan SPRM.

Beberapa jam kemudian, agensi berita nasional Bernama melaporkan kenyataan Anwar itu berkaitan insiden minggu lalu apabila seorang pelajar bukan Islam memuat naik gambar al-Quran dipijak.

Walaupun pelajar terbabit telah memohon maaf dengan alasan dia dikuasai kemarahan, respons kerajaan dilihat pantas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengecam perbuatan itu manakala polis menahan pelajar berkenaan dan memulakan siasatan.

Namun, kemarahan awam berterusan sehingga mencetuskan reaksi balas daripada Anwar.

Maklum balas tegas

Pun begitu, kenyataan perdana menteri itu mengundang lebih banyak kecaman, antaranya Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden yang merujuk sejarah demonstrasi era reformasi ketika Anwar menjadi pembangkang.

"Melalak pertahan al-Quran lebih mulia daripada melalak berbohong berguling atas jalan raya kerana nak jadi perdana menteri," katanya.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh turut mengeluarkan kenyataan senada malah lebih keras lagi.

"Lebih baik melalak mempertahankan agama daripada sembang berdegar tapi semua membohong. Bodoh," tegasnya pada hantaran di media sosial.

Sementara itu, Ketua Muslimat Muda PAS Mardhiyyah Johari berkata walaupun mereka yang biasa dengan gaya pidato perdana menteri mungkin tidak terkejut dengan kenyataan “melalak” itu, persoalannya mengapa dia tidak menjawab seperti seorang negarawan.

"Tak bolehkah (Anwar) jawab baik-baik? Berikan sahaja jawapan yang diminta.

“Jawapan, bukan sindiran atau karut. Awak tu pemimpin negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Anwar sekali lagi mempertahankan kenyataannya malam tadi dengan memaklumkan kepada media bahawa tiada kompromi dalam kes memijak al-Quran.

Bagaimanapun, dia meminta orang ramai supaya bersabar sementara polis melengkapkan siasatan, termasuk menentukan sama ada remaja terbabit waras atau sebaliknya.

Tegasnya penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia tidak akan dipandang ringan kerana keharmonian negara perlu dipelihara.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman pada satu kenyataan lewat malam tadi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan melukakan perasaan agama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penyalahgunaan kemudahan rangkaian.


Tiada ulasan: