MEYEMBAH
TUHAN BARU
BERNAMA ALGO
AMIN
DEMI CONTENT
DEMI LIKES
UMAT MANUSIA
AKAN MELAKUKAN
APA SAJA
KHALAS
Pijak al-Quran: Vikneswaran berdepan dua pertuduhan esok
KUALA LUMPUR – Individu bernama Vikneswaran a/l Selvanathan yang disiasat kerana memijak al-Quran akan didakwa dengan dua pertuduhan esok.
Jabatan Peguam Negara berkata, lelaki itu akan didakwa di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu Al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.
Dia juga menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.
“Kedua-dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jabatan Peguam Negara berkata, pendakwaan itu diputuskan selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung insiden yang berlaku di Kuantan, Pahang itu.
“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap orang yang disyaki,” ujarnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan