IRAN AKAN LAWAN
TAKAN UNDUR
AMIN
EKONOMI KAPITALIS
MAKIN KACAU
AMIN
INI BAIK UNTUK
MENGHASUT
KE JALAN RAYA
KHALAS
Tehran tutup semula Selat Hormuz gara-gara AS terus sekat pelabuhan Iran
OSLO: Lebih 12 kapal tangki berjaya melalui Selat Hormuz selepas sekatan yang dikenakan sejak 50 hari lalu ditarik balik, semalam, menurut data perkapalan.
Bagaimanapun hari ini, Tehran kembali mengenakan sekatan di Selat Hormuz dan melepaskan tembakan ke arah beberapa kapal yang cuba melaluinya, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) meneruskan sekatan ke atas pelabuhan Iran.
Pembukaan semula selat itu adalah penting bagi pengeluar di Teluk untuk menyambung sepenuhnya pembekalan minyak dan gas ke seluruh dunia, sekali gus menamatkan apa yang disifatkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) sebagai gangguan bekalan terburuk pernah berlaku.
Semalam, Presiden AS, Donald Trump, berkata Iran telah bersetuju membuka semula selat itu, manakala pegawai Iran pula menegaskan mereka mahu Washington menarik balik sepenuhnya sekatan terhadap kapal tangki Iran.
Menurut data penjejak kapal, kebanyakan kapal yang melalui selat itu semalam dan hari ini menerusi perairan Iran di selatan Pulau Larak adalah kapal lama serta bukan milik Barat, termasuk empat kapal yang dikenakan sekatan.
Jurucakap Pengawal Revolusi Iran memaklumkan bahawa republik Islam itu telah mengatur laluan bagi sejumlah terhad kapal tangki minyak dan kapal komersial susulan persetujuan awal dalam rundingan.
Namun, beberapa kapal lain dilaporkan menghampiri selat itu sebelum berpatah balik setelah Tehran menegaskan pihaknya akan mengekalkan kawalan ketat selagi AS meneruskan sekatan ke atas pelabuhan Iran.
Tentera Laut United Kingdom (UK) hari ini melaporkan bot bersenjata Iran melepaskan tembakan ke arah beberapa kapal yang cuba melalui selat berkenaan.
Menurut sumber perkapalan pula, beberapa kapal dagang turut menerima mesej radio daripada Tentera Laut Iran memaklumkan selat itu ditutup semula dan tiada kapal dibenarkan melaluinya.
Data penjejak kapal menunjukkan lima kapal yang membawa gas asli cecair (LNG) dari Ras Laffan di Qatar, menghampiri selat itu pada pagi tadi.
Tiada kargo LNG melepasi laluan air itu sejak perang AS-Israel dengan Iran tercetus 28 Februari lalu.
Ratusan kapal terkandas di Teluk sejak konflik bermula dan Tehran menutup selat itu, menyebabkan pengeluar minyak serta gas di Teluk terpaksa mengurangkan pengeluaran secara mendadak.
Pengeluar utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Kuwait menekankan bahawa mereka memerlukan aliran kapal tangki yang stabil serta laluan tanpa sekatan di selat itu bagi memulihkan operasi eksport kepada normal semula.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan