Khamis, 16 April 2026

PERCUBAAN ANWAR BIN IBRAHIM ISAP PELIR YUSOFF RAWTHER


ANWAR BIN

IBRAHIM PAKAI

LEBAI NAK LEPAS

KES ISAP PELIR

KAH KAH KAH

LEBAI BERNAMA

NURUL NUHA

KAH KAH KAH

KHALAS



PMX terdesak, minta bantuan lebai kes Yusoff Rawther


ASAL sahaja PMX menghadapi isu seks di mahkamah, beliau pasti akan mencari lebai bagi membantunya untuk bantuan. Bantuan itu dalam bentuk sokongan rakyat, mahupun sokongan moral seperti doa-doa, solat hajat, syarahan-syarahan dan juga tekanan kepada pemerintah dalam Parlimen untuk memberikan perbicaraan yang adil.

Lebai-lebai yang membantu beliau ketika itu tidak lain tidak bukan adalah dari PAS yang kemudiannya menggunakan ilmu agama mengajak guru-guru pondok, pelajar-pelajar, kakitangan kerajaan, swasta, orang-orang kampung agar memahami bahawa tuduhan liwat kepada PMX ketika itu hanyalah fitnah.

PAS menjadi tulang belakang melakukan semua ini dengan kemudiannya membentuk pasukan bersama PKR untuk menghadapi PRU yang diketuai oleh isteri PMX, Wan Azizah Wan Ismail dan DAP. Banyak pencerahan yang telah dibuat oleh lebai-lebai PAS bagi menerangkan akan hukum hakam berkenaan pertuduhan liwat kepada rakyat.

Ia bukan semudah itu untuk menuduh seseorang melakukan perbuatan itu tanpa saksi dan bukti yang cukup ketat sebagaimana yang Islam mahukan. Akhirnya terbitlah buku Qazaf yang ditulis dengan penuh dalil al-Quran, hadis, fakta dan pandangan ulama berkenaan isu tuduhan liwat oleh Tuan Guru Presiden PAS bagi menyelamatkan maruah PMX.

Lebai PAS tanpa putus asa, atas nama setia kawan dengan DS Anwar, telah berjaya memahamkan masyarakat berkenaan hukum hakam liwat ini. Walau bagaimanapun, DS Anwar, tetap dikenakan hukuman oleh mahkamah kerana kekuatan pertuduhan oleh pihak pendakwa raya dan kelemahan pembelaan dari pihak PMX.

Beza dengan Nabi Yusof

Dua kali beliau dipenjara dan kedua-duanya diberikan kebebasan awal, tanpa beliau berusaha membersihkan diri sendiri atas penafian beliau yang mendakwa telah dianiaya.

Di sini, agak berbeza sikap beliau dengan Nabi Yusof yang kononnya pernah disamakan dengan beliau itu oleh penyokong beliau yang sangat jahil itu. Nabi Yusof tidak mahu keluar penjara kecuali dengan syarat nama baginda dibersihkan kerana sememangnya beliau tidak melakukan kesalahan seperti yang dituduh.

Sebaliknya PMX, ada menerima desakan mencabar pembebasan beliau yang dianggap tidak sah itu. PMX juga pernah memilih memberi keterangan tanpa boleh disoal balas.

Sehinggalah beliau bersetuju dengan Langkah Kajang yang kemudiannya telah menghancurkan hubungan dengan lebai-lebai PAS dan menjadikan DAP sebagai rakan setia politik beliau. Walaupun sebelum itu lebai-lebai PAS telah mempertahankan beliau sehingga beliau masuk penjara yang akhirnya diberi pengampunan oleh YDPA. PMX memilih memusuhi PAS dengan mereka berbagai fitnah termasuk tuduhan menerima wang RM90 juta dari Umno. Itulah noktah kepada hubungan lebai dengan PMX.

Lima tahun masih belum bicara

Kini, kes salah laku seks PMX kembali memanggil beliau ke mahkamah. Ia melibatkan bekas pembantu beliau sendiri Yusoff Rawther yang membuat laporan polis dengan menuduh PMX telah melakukan serangan seksual terhadapnya di rumah beliau di Segambut.

Setelah lima tahun, masih belum ada perbicaraan dimulakan. Yusoff juga pernah ditangkap dan didakwa memiliki senjata api tiruan dan dadah jenis ganja, tetapi kemudiannya dilepas dan dibebaskan. PMX kemudiannya memohon imuniti.

Sebelum ini PMX kelihatannya seperti sangat gagah melawan semua perbicaraan yang dijalankan sewaktu menjadi pembangkang. Kisah beliau ditangkap sebagai musuh politik bukan sahaja diterima di Malaysia, malahan seluruh dunia bersimpati kepada beliau.

Jika dahulu kerajaan menangguhkan perbicaraan sebegini, beliau dan penyokongnya melihat itu sebagai alasan takut kepada kebenaran. Dan sekarang, PMX terdesak mencari lebai bagi melengah-lengahkan perbicaraan ini. Apa tidaknya, sudah empat peguam yang ditukarkan beliau.

Inilah ‘lebai’ yang membantu PMX

‘Lebai’ yang dimaksudkan di sini ialah Nurul Nuha. Eh apa kaitan Nurul Nuha, anak PMX itu dengan lebai? Lagipun lebai ini biasanya merujuk kepada kaum lelaki. Ya, Nurul Nuha menjadi ‘alibi’ (sebutannya ialah ‘alebai’) kepada papanya dalam affidavit terbaharu PMX yang mana dalam ‘alibi’ itu dinyatakan Nurul Nuha berada bersama beliau pada tarikh, masa dan tempat yang beliau dituduh melakukan serangan itu, sekali gus membuktikan Yusoff Rawther berbohong.

Aku tiada apa-apa mahu komen, cuma aku teringat kisah berkenaan Kadi Syuraih dengan Saidina Ali dan anaknya, Saidina Hasan. Kadi Syuraih menolak Hasan sebagai saksi kepada Ali dalam kes Ali menuduh seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau kerana kesaksian anak kepada bapa, tidak diterima. Kes itu digugurkan kerana Ali, sebagai Amirul Mukminin ketika itu, gagal mengemukakan bukti dan saksi yang mencukupi. Aku tidak mengatakan kes ini sama, cuma sekadar teringat sahaja kisah itu.

Dan lebai-lebai PAS pula sekarang ini sudah tidak lagi kehadapan untuk membela PMX kerana beliau sudah didapati bersalah beberapa kali. Mungkin penyokong PMX akan menempelak lebai-lebai PAS dengan membangkitkan isu qazaf itu supaya menyokong mereka.

Salah faham dengan hudud

Akan tetapi apa yang penyokong PMX tidak tahu ialah apabila tidak cukup syarat pertuduhan sama ada saksi atau bukti, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman hudud.

Manakala hukuman takzir, pengganti hukuman hudud, masih tetap berjalan jika ada bukti-bukti lain. Cuma jumlah hukumannya mestilah lebih rendah atau ringan daripada hudud. Contoh jika berzina, hudud dikenakan 100 kali rotan, maka takzir boleh dikenakan sebanyak mungkin 99 rotan dan kebawah.

Jadi hakim boleh menjatuhkan hukuman takzir atau alternatif kepada hudud terhadap tertuduh mengikut kesesuaian kesalahan, saksi dan bukti yang ada seperti memenjarakan pesalah. Bukanlah maknanya pesalah dibebaskan terus jika kekurangan saksi dan bukti.

Inilah yang penyokong PMX gagal faham atau tidak difahamkan oleh ulama PH. Bagi aku benar sekali amaran oleh almarhum Ustaz Hassan Shukri, mantan Timbalan Presiden PAS pada suatu ketika mengingatkan ahli PAS supaya berhati-hati kerana Anwar telahpun didapati bersalah dalam perbicaraan.

Riuh kemudiannya penyokong Anwar di dalam PAS, marahkan beliau. Kemudian melihat Saiful Bahari masih hidup bahagia tanpa laknat menimpa selepas beliau bersumpah dengan nama Allah atas tuduhan beliau terhadap PMX dahulu. Aku termenung jauh….

MOHD NASIR ABDULLAH
HARAKAHDAILY 16/4/2026

Tiada ulasan: