Selasa, 18 Ogos 2026
SUARA POLIS PENCEN
POLIS PENCEN
SELALU BANYAK
CERITA & MAKLUMAT
AMIN
MASA ADA KUASA
RUMAH PELACUR
SEBELAH BALAI
PUN TAK TAHU
KAH KAH KAH
BILA DAH PENCEN
BANYAK IDEA
TAHU DATUK INI
TAHU TAN SRI ITU
PENYELUDUP DADAH
AMIN
MALAH DAH PENCEN
BUKA MAKLUMAT KES
ANAK VINCENT TAN
KAH KAH KAH
WAHAI POLIS
MASA ADA PISTOL
TEMBAKLAH
TAN SERI KEPALA
SELUDUP DADAH
DAH PENCEN
TAKDA PISTOL
KHALAS
Perangi rasuah perlu kehendak politik teguh pucuk pimpinan – Ayob Khan
KUALA LUMPUR – Usaha memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi, kata bekas Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata kepimpinan atasan harus menunjukkan teladan dan ketegasan yang nyata kerana sebarang bentuk transformasi organisasi hanya akan berjaya sekiranya pihak atasan sendiri memberikan isyarat jelas tanpa kompromi terhadap penyelewengan.
Ayob Khan berkata walaupun pendidikan integriti kepada generasi muda di peringkat sekolah adalah langkah yang baik, namun ia merupakan pelaburan jangka panjang yang memakan masa.
“Perubahan mesti dari atas, kalau pemimpin itu betul-betul ada political will untuk buat, insya-Allah yang bawah itu akan ikut,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Di Sebalik Lencana: Kisah dan Legasi Tan Sri Ayob Khan terbitan Bernama TV malam ini.
Ayob Khan turut mengingatkan bahawa budaya tolak ansur atau tindakan menutup kesalahan pegawai dan anggota hanya menggalakkan lebih banyak salah laku, sambil menegaskan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Beliau berkata isu rasuah dan integriti tidak seharusnya dianggap ‘rahsia dalaman’ yang perlu disembunyikan, sebaliknya ia perlu diakui secara terbuka.
“Kalau kita tidak mengakui masalah yang ada dalam agensi kita, maknanya kita menuju kehancuran, kita bukan bergerak ke hadapan tetapi ke belakang. Begitu juga dalam keadaan negara kita, kalau kita tidak buat perubahan, kita akan ke belakang, negara lain bergerak depan,” katanya.
Dalam pada itu, Ayob Khan turut mendedahkan bahawa beliau ada menerima tawaran untuk menyertai arena politik, namun setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan.
Katanya, pertimbangan utama adalah sama ada penglibatan dalam politik akan memberi ruang kepadanya untuk melakukan perubahan atau sekadar terpaksa mengikut arus dan arahan pemimpin parti.
“Kalau saya terpaksa ikut arus, lebih baik saya tidak pergi politik. Alhamdulillah di mana saya berada, walaupun mungkin ada sikit kekangan, tapi saya masih boleh buat,” katanya.
Ayob Khan, yang dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 dan bersara wajib pada 27 Julai lepas, setelah menabur bakti selama hampir 35 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sepanjang lebih tiga dekad bersama PDRM, beliau pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, selain menyandang jawatan Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik Timbalan Ketua Polis Negara. – BERNAMA
IRAN BERI AMARAN PADA AMERIKA
IRAN TAHU
AMERIKA DAH ABIS
PULURU & SENJATA
AMIN
IRAN BERI AMARAN
AKAN SERANG
KHALAS
KEADAAN BERUBAH - KINI IRAN MENGANCAM
DULU AMERIKA
BERI ANCAMAN
KAH KAH KAH
KINI TERBALIK
IRAN DAH BERANI
BERI ANCAMAN
AMIN
JIKA BERADA
DI TELUK PARSI
AMERIKA AKAN
DISERANG
KHALAS
Iran ancam serangan baharu, AS tolak lanjutan gencatan senjata
DUBAI: Iran ancam akan lancar serangan tentera sepenuhnya susulan kegagalan rundingan bagi menamatkan perang dengan Amerika Syarikat (AS) secara kekal,
Tehran mengeluarkan kenyataan ini berikutan keputusan Washington menolak cadangan melanjutkan perjanjian gencatan senjata sementara.
Seorang pegawai kanan Iran berkata, usaha diplomasi bagi mencapai persetujuan damai serta menyambung semula pergerakan kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz kini terhenti, sekali gus meningkatkan risiko konflik berlanjutan.
Konflik tercetus selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
"Entiti Iran mesti bersedia meningkatkan ketegangan di Selat Hormuz dan rantau lebih luas, kerana Iran sudah bersedia membuat keputusan serta mengambil tindakan terhadap keputusan sukar," katanya kepada Reuters.
Beliau berkata, Tehran akan melancarkan serangan ketenteraan tepat pada masanya terhadap sasaran yang sudah dikenal pasti bagi memecahkan sekatan laut AS sekiranya usaha diplomasi gagal.
Memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 17 Jun lalu menetapkan tempoh 60 hari untuk Iran dan AS mencapai perjanjian lebih menyeluruh berhubung program nuklear Tehran serta sekatan dikenakan Washington.
Tempoh itu berakhir Isnin lalu, namun ketika ditanya sama ada AS berhasrat melanjutkan perjanjian sementara berkenaan, Presiden AS, Donald Trump, berkata "tidak".
Dalam perkembangan berkaitan usaha diplomasi, laporan media mendakwa Trump membuka saluran rundingan sulit dengan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), yang semakin berpengaruh sepanjang konflik dan menguasai sebahagian besar angkatan tentera serta ekonomi Iran.
Axios, memetik dua sumber yang mengetahui perkara itu, melaporkan bekas Pengarah Perisikan Kebangsaan, Tulsi Gabbard, mengadakan perbincangan dengan seorang pemimpin Kurdish Iraq yang mempunyai hubungan rapat dengan IRGC.
Melalui orang tengah berkenaan, AS dilaporkan menyampaikan mesej kepada komander IRGC, Jeneral Ahmad Vahidi.
Fox News kemudian melaporkan Trump mengesahkan perkembangan itu dalam temu bual telefon.
Menurut Axios, pentadbiran Trump bimbang sama ada perunding Iran yang terbabit dalam rundingan benar-benar mempunyai mandat daripada IRGC, ketika Reuters melaporkan Vahidi muncul sebagai tokoh penting dalam rundingan berkenaan.
Vahidi dilaporkan memberi jaminan bahawa beliau sehaluan dengan perunding Iran.
Menantu Trump merangkap utusan khasnya, Jared Kushner, perbualan antara kerajaan AS dengan pelbagai pihak dalam kerajaan Iran pada semua peringkat kini lebih rancak berbanding sebelumnya.
"Saya tidak boleh mendedahkan butirannya, tetapi saya boleh katakan bahawa perbualan antara kerajaan AS dengan pelbagai pihak dalam kerajaan Iran," katanya dalam temu bual dengan Ketua Koresponden Asing Fox News, Trey Yingst, pada Isnin.
Sementara itu, Iran turut berunding secara berasingan dengan Oman berhubung pengurusan Selat Hormuz dan mendakwa kedua-dua pihak hampir mencapai persetujuan.
Namun, rundingan itu mengundang reaksi keras Trump yang mengancam Oman, sekutu keselamatan AS di rantau Teluk.
"Jika Oman menghalang, kami akan mengebom mereka habis-habisan," kata Trump kepada Fox News. - REUTERS
IRAN AKAN MARA MENYERANG
IRAN AKAN
MARA MENYERANG
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Iran akan beri kata dua ke America:
Samada you semua balik tinggalkan kemusnahan yang you buat atau kami bedil dengan peluru berpandu.
Balik dengan selamat atau sebagai mayat.
Itu saja perlu diberitahu kepada tentera pembunuh perosak negara orang. Negara mana yang America sampai, hasilnya ialah rosak binasa.
POLITIK FEUDAL DUNIA KE TIGA
POLITIK FEUDAL
DUNIA KETIGA
KHALAS
Unknown commented on
"DAP BERI TEKANAN
PADA MAT BURUT"
dalam DAP ada anak beranak juga ada anak beranak lim ada anak beranak karpal..
ini nepotisme atau bukan ?
Langgan:
Catatan (Atom)




