TERAM BUAT
ANCAMAN
KAH KAH KAH
UNTUK IRAN INI
LAWAK BESAR
DARI AMERIKA
KAH KAH KAH
SENYAP SENYAP
TERAM RAYU
NAK TAMAT
PERANG
KAH KAH KAH
KHALAS
AS boleh sekat pelabuhan Iran 'tanpa had'
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkeupayaan menyekat terus pelabuhan Iran tanpa sebarang had, kata Penasihat Rumah Putih dan pembantu kanan Presiden, Stephen Miller.
Dalam wawancara bersama Fox News, beliau berkata sekatan itu boleh diteruskan selagi perlu.
Minggu lalu, pegawai AS dan Iran sebelum ini menamatkan rundingan di Islamabad tanpa mencapai sebarang persetujuan.
Presiden AS, Donald Trump kemudiannya mengenakan sekatan laut ke atas pelabuhan Iran bagi menekan ekonomi Tehran.
Miller berkata Presiden Donald Trump adalah 'seorang yang cintakan keamanan', namun menegaskan pendirian AS bahawa negara itu tidak akan tunduk atau diugut oleh Iran yang memiliki senjata nuklear.
"Operasi ketenteraan boleh memusnahkan infrastruktur tenaga mereka untuk tempoh yang sangat lama.
"Namun, beliau tidak mahu berbuat demikian dan mahu Iran memilih jalan yang betul untuk mencapai perjanjian," katanya.
Katanya, sekatan itu sedang memberi tekanan besar kepada ekonomi Iran dan AS mempunyai keupayaan untuk meneruskannya tanpa had sekiranya Iran tidak mengubah pendirian. - AGENS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan