Rabu, 24 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Petang ni hujan ribut
kemudian berhenti
nyaman sejuk
tuan warong awal tadi sedih kini senyum layan pelanggan

raya lagi 7 hari

pelita dan mula terpasang
tiket pulang sudah dipesan

batu road cukup sibuk
jalan masjid india melimpah ruah
membeli dan membeli

ada seribu satu macam pilihan
kueh, kacang, biskut, air, kurma,
kain, baju, bunga kertas dan dan dan
yang tak ada mercun tepek, mercun lidi, mercun naga,
yang kedengaran hanyalah dentum mercun
yang nak dicari tak jumpa jumpa

di kamunting dapor dibuka jam 3
makanan sampai jam 6
pintu bilik di kunci jam 7

blok 2A al-maunah, blok 2B reformasi, blok 3 kmm
blok 4A ji , blok 4B ji
di blok mana agaknya hindraf
di blok mana agaknya raja petra

petang ini bila dibuka dulang ayan
temuilah 3 butir kurma dan sebiji kuih
sekepal nasi, sayur labu dan goreng ikan
nikamatilah makanan ini

seminggu lagi raya sampai
anak dan keluarga akan datang melawat
tunggulah pagi raya
ada kueh manis dan nasi impit

berpuasa bukan untuk makan
berpuasa untuk menilai dan menghitung diri
berpuasa untuk menutup kitab lama dan membuka kitab baru
lalu kita beraya untuk meningati kembali
apa yang telah kita lakukan 365 hari lalu
lalu kita membuat janji
untuk mengenal diri

hindu, muslim, yahudi, nasrani,
semua kita berpuasa
hari dan masa tidak sama
anak semua bangsa
dunia ini milik kita bersama
jalannya bersimpang siur
arahnya ke situ jua



9 ulasan:

RY berkata...

mcm smlm jugak,
saya tertunggu2 ulasan sambungan pasal ni.citer2 ni ada dlm buku x?teruja gila nak tau pasal kehidupan kat sana...!

syabas!! sbb boleh interprete catatan tu pada kami diluar...

anjing menyalak bukit.bukit ckp; ada aku kisah?

Tanpa Nama berkata...

puisi'selamat berbuka puasa' saban hari dilayangkan, nyata seakan-akan ingin menghimbau zaman lalu yang ada ciri-ciri keseronokan dan keakraban silratulrahim. tak mungkin dapat seperti zaman kita kecil dulu. zaman dulu persiapan dan menanti menjelangnya aidilfitri sungguh syok sekali. pada pagi raya lihat berbondong-bondong muslimat berbaju melayu warna warni berjalan menuju ke masjid. cukup indah pandangan itu kala ni tak nampakpun kerana semua naik kereta. kini pun tak boleh enjoy raya kerana rata-rata sudah tiada lagi seni berkomunikasi dengan mesra. seni memberi 'roh' kepada hari raya sudah tiada lagi, yang ada adalah suasana banal mempamerkan kekalutan dan kebendaan. persiapan untuk beraidilfitri bagaikan nak rak, tapi pada saatnya tiada rasa ummphnya.

hafiz berkata...

maka benarlah katamu bro. biar jalan nya bermacam, bersimpang. yang dituju adalah satu. siapa pula kita manusia yang pendek akal ini mau menuding2 dan menjatuhkan hukum. hanya tuhan yang memegang rahsia. dia yang lebih maha mengetahui. kristian-islam, majusi-nasrani, yahudi-bahai, freethinker- atheis...semuanya adalah jalan. dan jalan ini adalah jalan2 yang matlamat akhirnya adalah satu!

Tanpa Nama berkata...

best nukilan ni.. bravo tuan.

Tanpa Nama berkata...

tuan, sy hmba hina.. tuan byk menyentuh hati dgn kemanusiaan. sungguh luas pengalaman tuan. post yg plg mnarik adlh pabila selamat berbuka puasa ini penuh pengajaran. Oh pengalaman..

keramat, lrg kiri16AU2C/5

RAJA GHAZALI berkata...

ini merupakan pengalaman dan pembelajaran buat saya, begitu meriah dan senangnya umat yang menjalani puasa disana, semoga persatuan tetap terjalin bersama untuk meraih sukses dan kemenangan bersama....

Tanpa Nama berkata...

Saudara Hisham,
Saya ada membeli buku anda "hagemoni media daulah pecah" baru-baru ini di MPH. Nak tau apa reaksi bila dibaca?:

a. Aku: Serius dan berkerut dahi sebab aku grad political science dan mungkin juga sebab bahasa antik kau aku tak paham, jahil aku rupanya memahami bahasa bahasa indah kau.
b. Bini aku: senyum dan ketawa halus macam tikus dapat kek, mungkin kerana dia grad bahasa melayu.
c. Anak-anak aku: baca sikit ketawa, baca lagi ketawa, baca lagi, ketawa lepas tu dok tanya aku soalan: AYAH, terrer la abang hisham ni menulis kami habis baca buku ni dalam sehari. Ayah...betul ke masyarakat kita begini teruk?..............APA PATUT AKU JAWAP?

Bro, bukukan catatan ko dalam ISA. aKU JANJI AKAN TAHAN AIR MATA AKU DARI MENGALIR KALAU MEMBACA....TAK COOL LA GONDRONG MACAM AKU MENANGIS


nAVY PENCEN

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham, hafiz dan lain2,

islam tidak sama dengan agama lain. statement mengatakan semua agama adalah sama menuju ke sana adalah faham Muslim Liberal yang cuba menyesatkan umat islam. masakan sama semua agama sedangkan Allah Taala telah mengiktiraf di dalam Al-Quran bahwa hanya Islam agama yang diterima di sisiNya. Tiada agama yang diredhai Allah selain islam. berhati-hati mengeluarkan pernyataan. bimbang bisa menggoncang akidah. Buat yang menganut faham Muslim Liberal, pintu taubat masih terbuka sebelum nyawa sampai di gharghar..

hafiz berkata...

to budak bangi; tiadalah pula saya menyamakan Islam dengan agama lain. setiap agama punya ritual tertentu. masakan sama...memang tak sama. inti pati setiap agama adalah menuju kesempurnaan, menuju ridho, menuju syorga. tanyalah sama ustaz malek sungai puyu, mak munah bidan kampung jugak tahu.

bro budak bangi, perkataan Islam dan islam besar bezanya. jikalau mau tau bezanya apa, maka carilah guru yang mursyid. dak gitu bro isham. aku bukanlah guru maupun anak mursyid hahaha

ianya sebuah iqtikaq, ianya pegangan, ianya bersumberkan pada kefahaman memasing. ya. agama itu adalah suci, sufi, zen sifatnya. bersifat alami dan universal. agama itu tiada imej. kerna segala yang alami itu adalah agama. ini adalah fahamku, dan tidak pula aku memaksa oranglain untuk memegang fahamku. maka, terpulanglah...