Jumaat, 7 Ogos 2015

DARI JINJANG





FACE BOOK



Saya baru menerima panggilan telefon dari peguam dan memaklumkan kepada saya "Tipu, polis tipu kata Nurul Izzah pun tak pakai tudung ketika di dalam lokap."
Merujuk pada perkongsian saya tentang pakaian lokap.
Ya, memang. Saya lansung tidak berpegang pada kata-kata polis wanita tersebut. Saya terus masuk ke bilik persalinan semula bukan untuk membuka tudung tetapi untuk mengambil stokin agar mudah untuk saya mengerjakan solat.
Keluar semula saya pegang stokin di dalam tudung. Sekali lagi polis wanita itu menegur saya dengan sombong,
"Apa dalam tudung tu?"
Saya tunjukkan padanya apa dalam tudung saya.
"Dah bawa berus gigi dan ubat gigi saja. Stokin simpan Mentos tu tolong ya simpan.!"
Saya masuk semula dalam bilik persalinan dan simpan stokin dan sebutir gula-gula mentos saya buang dalam tong sampah.
Saya berjalan lurus masuk ke kawasan lokap. Ketika itulah sekali lagi Polis tersebut berkata,
"Eh di sini tak boleh pakai tudung."
Saya menjawab "Saya dah maklumkan pada Majistret saya mahu pakai tudung dalam sel dan Majistret benarkan dan dia mahu berjumpa pegawai yang bertugas."
"Eh tak kita dah maklumkan pada majistret yang kita ada prosedur majistret faham."
Saya "Baiklah biar saya berjumpa Majistret semula."
Saya kalih belakang dan berjalan menghala ke pintu.
Sekali lagi saya dihalang.
"Eh, di sini tak boleh nak pergi mana sesuka hati. Masuk sel."
Saya pun berjalan menuju sel dan sekali lagi dia mengarahkan saya membuka tudung. Saya diam dan terus melangkah.
"Nurul Izzah pun tak pakai tudung dalam lokap." kata Polis yang sombong itu. Dalam hati saya lansung saya tidak berpegang pada kata-katanya lansung saya tidak mempercayainya.
Saya tidak menghiraukannya dan terus berjalan tanpa memandangnya.
Hati saya pedih. Saya menangis. Asiah menyaksikan semuanya. Sekali lagi Asiah bertanya, "Kenapa Ummi menangis."
Ya saya menangis kerana marah dan saya tidak suka bertekak dengan orang yang begitu. Memang sukar untuk anda faham perasaan saya dan saya sukar menahan air mata dari terus keluar.
*gambar dari BBC News*







------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol mana mana ada kan

Darah daging pon gaya pau pau pau mana nak bersih perangai otak nya pon

Kesian kan.

Bukan budak budak lagi pon.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Perkara pertama....pertama...wuunek...wahid....one...kerajaan baru dan perdana menteri baru kena buat ialah.....buang semua polis...lantik kami yang fresh fresh ni jadi polis.....kalau takbley...takyah tukar kerajaan....duluan yang kena buang..polis yang sebut nurul izzah tak pakai tudung tu...emak dia ex penagih dadah barangkali tu.....kakkakakakaka....POLIS RAJA DIMALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Dalam Lokap , seluar dalam pon tak dibenarkan.

Kenapa Jakim nak sibok -sibok buat checking pada hari valentine bahwa wanita mesti pakai seluar dalam?

Tanpa Nama berkata...

Polis Raja Dimalaysia...salah tu..
PDRM - Penjilat Dubur Rosmah Mansor