Selasa, 3 Mei 2016

MARI BUAT BAIK





MARI KITA

BUAT BAIK

FACE BOOK



Manusia boleh jadi baik walaupun tidak menganut sebarang agama. Buktinya, amat banyak ateis lebih berakhlak berbanding orang yang kuat berulang alik ke rumah ibadat.
Berakhlak bukan kerana anutan agama, tetapi sejauh mana attitude atau sikap yang manusia telah bina pada dirinya. Sikap boleh terbina, dengan suasana yang membentuk.
Seseorang rakyat dari negara Pakistan yang negaranya terkenal dengan masyarakat budaya membuang sampah merata-rata, boleh terhenti budaya buruk itu ketika berada di negara bersih seperti Ireland yang terkenal dengan membuang sampah dalam tong sampah. Seseorang rakyat Malaysia yang tidak memakai tudung, boleh memakai tudung, malahan furdah apabila dia berada di Saudi.

Mungkin dipermulaannya, ia hanya meniru dan terpaksa ikut budaya masyarakat tersebut, tetapi lama kelamaan, amalan tidak membuang sampah merata-rata menjadi sebati dalam hidupnya (menjadi attitude atau sikap), menjadikan budaya itu melekat pada dirinya sehinggakan dia berhenti buang sampah merata-rata ketika dia pulang ke negaranya. Keadaan yang sama bagi wanita Malaysia yang asalnya membuka tudung, yang apabila dia pulang dari Saudi, amalan itu boleh kekal sehingga dia pulang ke Malaysia.
Kelihatannya, manusia boleh menjadi baik, kadangkala tidak perlu merujuk kepada agama, tetapi dengan attitude atau sikap yang dibina, manusia boleh jadi baik.
Jadi, apa peranan agama?
kalau islam, ada konsep yang lebih besar dari menjadi baik, iaitu bagaimana mahu mengekalkan kebaikan yang dilakukan. Untuk mengekalkan manusia dalam melakukan kebaikan, maka ditawarkan konsep Tauhid dan kehidupan selepas mati.
Konsep Tauhid dalam mengekalkan amalan melakukan kebaikan, bermaksud menyedari bahawa melakukan kebaikan bukan sekadar tunaikan tanggungjawab hidup sesama manusia, tetapi membalas rasa cinta terhadap Tuhan yang maha Esa yang menyuruh melakukan kebaikan itu.
konsep kehidupan selepas mati, bermaksud kena ada kesedaran bahawa kebaikan yang dilakukan memberi implikasi syurga, dan neraka jika melakukan kejahatan.
Ekoran itu, tidak hairan Islam tekankan kepentingan melakukan amalan disertakan dengan ikhlas. Dalam bahasa lain, bukan sahaja kebaikan yang perlu dilakukan, tetapi jujur dalam melakukan kebaikan. Apabila jujur dengan tuhan dalam melakukan kebaikan, manusia kekal baik bukan di hadapan mata manusia, malahan dibalik pandangan mata manusia juga, kebaikan tetap dilakukan. Ini kerana, di balik pandangan manusia, ada yang maha melihat amalan kita.
Wallahu 'Alam


---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beza orang ber agama dengan tak ada agama ini macam BERAK selet , dan BERAK basuh

bila selet masih ber bau BIK

bila basuh tak ada bau BIK lah

bila ada agama tapi hidup tak ada agama macam BADAK dan MAT LOL lah

ke hulu ke hilir bawak BERAK basuh tapi bai BIK ada lagi

memang banyak LALAT ikut punyea

bebudak LOL suka lah LALAT pengikut kira macam irang BESAR lah konon


bebudak Bahalol , apa nak buat kan