Ahad, 5 Februari 2017

SILA TANDA TANGANI





AMK: Tandatangani Konvensyen Pelarian 1951 Bukti Ikhlas Menyelesaikan Isu Rohingya

Saya merasa kesal dengan keputusan Kerajaan UMNO/BN yang tidak mengambil inisiatif dan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 (Refugee Convention 1951) untuk melindungi hak asasi warga Rohingya yang memerlukan pelindungan daripada Kerajaan Malaysia tetapi bukan menggunakan Projek Perintis Kebenaran Bekerja sebagai wayang dalam isu Rohingya.

Sedangkan Perdana Menteri Malaysai Najib Razak telah menganjurkan satu himpunan solidariti bersama Warga Rohingya pada bulan Disember tahun lepas, kami tidak akan melupakan pendirian Kerajaan Malaysia yang tidak berperikemanusuaan dan enggan memikul tanggungjawab bersama ketika isu pelarian Rohingya berlaku. Malahan terdapat warga pelarian Rohingya yang telah dilarang untuk masuk ke Malaysia pada ketika itu.

Saya turut merasa kesal terhadap Kerajaan Malaysia yang tiada pendirian tetap dalam isu Rohingya dan segala susunan seperti Himpunan Solidariti dan Projek Perintis Kebenaran Bekerja cuma merupakan satu sandiwara politik kerajaan Malaysia.

Saya turut mendesak Kerajaan Malaysia supaya menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia ikhlas dalam menyelesaikan isu pelarian seperti yang ditimpa oleh Rohingya. Cuma dengan termeterainya Konvensyen tersebut, hak asasi warga Rohingya seperti kebebasan beragama dan bergerak, hak untuk bekerja, pendidikan dan dokumen perjalanan akan diiktiraf dan mereka tidak boleh dihantar balik ke Negara asal selagi masih berhadapan dengan ancaman di sana.

Di samping menyelesaikan isu Rohingya, Kerajaan Barisan Nasional seharusnya mencai jalan penyelesaian bagi isu pengangguran yang serius di dalam Malaysia.

Jabatan Statistik Malaysia dalam statistik terbaru telah melaporkan bahawa kadar pengangguran warga Malaysia pada bulan November 2016 telah meningkat sebanyak 8.3% dan jumlah warga Malaysia yang tidak bekerja telah meningkat daripada 471 ribu orang pada tahun 2015 kepada 517 ribu orang pada tahun 2016. Malahan RMK Ke-11 telah melaporkan bahawa 57.5% daripada mereka yang menganggur merupakan anak muda yang berusia 15 – 24 tahun dan kadar pengangguran belia adalah setinggi 10%.

Saya mendesak Kerajaan Malaysia supaya memandang serius terhadap isu pengangguran yang menjadi makin serius ini. Apakah rancangan kerajaan Malaysia dalam membela nasib anak muda yang tidak dijaga ini?

Di samping itu, Angkatan Muda KEADILAN turut ingin menyuarakan bantahan terhadap keputusan Kerajaan yang telah mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah. Saya merasa khuatir bahawa keputusan ini turut menjadi sebab berlakunya salah guna kuasa serta rasuah yang berlaku dalam permohonan dan kelulusan E-Kad ini.

Mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menghantar balik PATI tetapi membenarkan mereka terus berada di dalam Negara, malahan membenarkan mereka membuat permohonan untuk terus bekerja di dalam Malaysia? Keputusan Kerajaan ini kelihatan membela nasib golongan PATI yang telah memasuki ke dalam Malaysia melalui cara haram dan mengancam keselamatan Negara. Mengapakah Kerajaan Malaysia memilih untuk membela nasib para majikan tetapi mengetepikan isu keselamatan dalam Negara?

Akhir sekali, saya mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya membatalkan perkhidmatan orang tengah dalam pengurusan pas pekerja asing tetapi memperkenalkan sistem dalam talian baru yang membenarkan majikan membuat permohonan sendiri untuk pendaftaran pekerja asing mereka.
 
Daripada membenarkan orang tengah mengaut keuntungan melalui permohonan permit kerja pekerja asing, Kerajaan Malaysia seharusnya menggubal satu dasar baru yang dapat menjamin hak pekerja Malaysia serta menyelesaikan isu pekerja asing dan ini pasti dapat menjamin kemajuan dan pembangunan ekonomi Malaysia, tetapi bukan menjaga kepentingan orang tengah sahaja.

YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan AMK
ADUN Semambu, Pahang






---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

skang ni dengan diploma mintak keja opretor kilang pon tak dilayan apa lai dapat semua dah penuh dgn bangla nepal ronghiya jadahhhhhhhhhhh