INI CARA
CUKONG NIAGA
BUAT DUIT
11 dicekup kes rasuah, puluhan lagi tunggu masa
LEBIH 70 pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan di utara tanah air dikenal pasti terlibat dalam kumpulan yang mengambil rasuah untuk melindungi pemandu lori dari tindakan undang-undang.
Daripada jumlah itu, 11 orang sudahpun ditahan dalam operasi bermula hari ini, menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiap anggota penguat kuasa terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM25,000 secara bulanan.
Menurutnya anggota penguatkuasa beberapa agensi yang bertugas di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis ini disyaki berbuat demikian untuk tidak bertindak ke atas pemandu lori membawa lebih muatan.
“Operasi ini terbahagi kepada beberapa fasa dan sejak pagi tadi, seramai lapan orang ditahan termasuk pegawai kanan yang mengetuai jabatan penguatkuasa di peringkat negeri.
“Masih ramai dalam radar kami dan akan ditahan secara berfasa,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurutnya, sindiket yang dianggotai puluhan pegawai dari pelbagai agensi mampu meraih ratusan ribu ringgit sebulan hasil komplot jenayah mereka.
“Kita menjangka dapat mendapatkan permohonan reman ke atas mereka pagi esok,” katanya.
Sumber berkata, operasi itu susulan keluhan pemandu lori yang mendakwa terpaksa membayar wang sogokan kepada pegawai penguatkuasa untuk memandu di negeri utara tanah air tanpa dikenakan tindakan.
“Ada juga pemandu lori yang diugut kumpulan ini sekiranya tidak membayar wang sogokan,” kata sumber.
Menurutnya, operasi diteruskan kali ini selepas tindakan ke atas kumpulan penguat kuasa dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu tidak berkesan.
“Kami menyangka dengan operasi tegas ke atas penguat kuasa dan pegawai JPJ tahun lalu, masalah ini akan selesai namun mereka nampaknya masih degil dan tidak insaf.
“Disebabkan itu, gelombang operasi kali ini perlu dijalankan,” katanya.
Beliau mendedahkan, risikan mendapati pada mulanya pegawai agensi penguatkuasa meminta syarikat logistik berhenti merasuah mereka bagi mengelakkan menjadi perhatian SPRM .
Bagaimanapun selepas setahun penangkapan beramai-ramai itu, keadaan kembali seperti biasa malah ada di kalangannya meminta pampasan jika tidak mendapat habuan pada bulan tertentu.
“Aktiviti mereka ini dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu, tiga bulan selepas penangkapan di Pulau Pinang.
“Mereka pada mulanya takut, semua pemindahan wang digantung dua bulan (Mei dan Jun tahun lalu). Tetapi mereka tegaskan bayaran Julai patut digandakan sebagai pembayaran balik untuk bulan sebelumnya.
“Rasuah diberikan kepada penguat kuasa untuk menutup mata terhadap kesalahan seperti mengangkut barang melebihi muatan atau pembocoran maklumat awal berkaitan operasi yang akan dijalankan,” katanya.
Jelasnya, bayaran dibuat dibuat segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya.
Selain itu terdapat juga bayaran bulanan bagi mendapatkan perlindungan daripada penguat kuasa, katanya.
Katanya, kebiasaannya pemindahan wang dibuat menggunakan akaun milik ejen, anggota keluarga atau rakan-rakan pegawai itu bagi menyukarkan siasatan.
April tahun lalu, SPRM menahan sekurang-kurangnya 75 penguat kuasa dan pegawai JPJ disyaki menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori.
Setiap anggota JPJ terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan.
Mereka turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dijalankan JPJ.
Lori terbabit dalam kes itu juga dilindungi menggunakan pelekat khas yang didakwa hanya dikenali dan difahami penguat kuasa terbabit. – 10 Mac, 2020.
TANGAKP
LIPAT SEBAT
PEROSAK NEGARA
---------
2 ulasan:
perosak ka pengkhianat negara?
Ini mesti kerja kafir, penjawat awam kafir harbi punya kerja, makan rasuah, makan babi makan duit haram,.orang kita syumul bersih suci, penjawat awam zaman 2020 semua ada ijazah,sarjana, phD mesti tak buat onar, kah kah kah lagi pandai otak lagi lah kuat makan tepi tepian, lagi canggih modus operandi, kah kah kah, polis yang tak habis sekolah PAU dulu dulu RM 5, polis ada ijazah PAU ribu ribu lot kah kah kah...hakikat sebenarnya penjawat awam Malaysiaku ialah 95% adalah Melayu Bumiputera Islang, jadi jangan takbur fitnah, jangan takbur rasa benci,.. perbetul dulu kepala ikan, bossku masuk penjara dulu, kalau kepala betul suci murni yang lain akan ikut, kah kah kah Malaysiaku negara Maju 2020...atau semua wayang ini hanya pentasan sementara bagi menarik sokongan rakyat ? TT pakar baca wayang kulit...apa komen langkah terbaru ? Adakah wayang diatur ? Kes billion pun tak selesai? Kes ini semua sampai PRU 15? Adakah kemungkinan wayang saja sebab semua orang kita diutamakan?.kah kah kah
Catat Ulasan