Rabu, 11 Mac 2020

AWAS WASPADA




CARONA VIRUS

TERUS

MENYERANG


Menteri kesihatan UK positifi koronavirus

AHLI Parlimen Britain Nadine Dorries yang juga menteri kesihatan, diuji positif dijangkiti koronavirus, katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Saya sahkan saya positif koronavirus, dan pada masa ini mengasingkan diri di rumah,” katanya.

Pegawai kesihatan pada masa ini sedang cuba menjejaki di mana beliau dijangkiti virus itu dan siapa yang ada berhubung dengannya selepas jangkitan itu, katanya.

Dorries, yang membantu merangka undang-undang untuk menangani virus itu, menjadi ahli politik Britain pertama dijangkiti Covid-19.


Susulan itu, kebimbangan bertambah tentang kemungkinan beliau sudah menyebarkan virus itu.

The Times melaporkan beliau sudah menyentuh ratusan orang termasuk Perdana Menteri Boris Johnson.

Beliau tidak sihat sejak Jumaat ketika menandatangani dokumen mengisytiharkan koronavirus sebagai penyakit wajib lapor, bermakna syarikat boleh memperoleh insurans, menurut dokumen itu.

Berita yang mengejutkan mungkin mencetuskan desakan supaya Parlimen ditangguhkan, walaupun kerajaan enggan berbuat demikian ketika krisis kesihatan sedang berlaku.

Enam maut di Britain akibat virus itu setakat ini, dengan 373 kes disahkan. – AFP, 11 Mac, 2020.


MARI KITA

BERHATI HATI
----------

Tiada ulasan: