Rabu, 11 Mac 2020

KITA WAJIB BERJAGA-JAGA

KITA WAJIB

BERJAGA JAGA

 

KWSP sahkan kes Covid-19, premis ditutup untuk disinfeksi 

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengesahkan seorang pekerjanya dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di hospital. 

Menurut KWSP dalam satu kenyataan hari ini, individu terbabit telah berurusan di pejabatnya di Jalan Raja Laut pada 27 Februari 2020 pada pukul 2 petang dan disahkan positif pada 3 Mac 2020. Namun, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli tersebut telah dijangkiti sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menutup pejabat tersebut sehingga Jumaat, 13 Mac 2020 untuk menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran. Pejabat KWSP ini akan beroperasi semula pada Isnin, 16 Mac 2020,” menurut kenyataan itu. 

Pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli tersebut juga akan dilakukan pemeriksaan dan pegawai lain juga akan dikuarantin.

KWSP juga berkata, langkah awal pencegahan turut diambil untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada koronavirus seperti semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit. Pelawat-pelawat juga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP.

“Ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.” 

Kementerian Kesihatan mengumumkan 12 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes 129. Sementara itu, seorang lagi pesakit dibenarkan pulang, menjadikan jumlah pesakit yang pulih 25 orang. – 10 Mac, 2020.





Tiada ulasan: