APA DAH JADI
DENGAN PKR
KAH KAH KAH
APO KONO
EKAO JANG
KAH KAH KAH
KAO KONO
TANGKAP
KAH KAH KAH
PARTI KAO
BUKAN BANTU
KAH KAH KAH
BUKAN SOKONG
KAH KAH KAH
TIBAI LU
LAGI
KAH KAH KAH
Kenyataan Iswardy Morni didakwa hina Agong tidak wakili PKR, kata Fahmi Fadzil
KENYATAAN Iswardy Morni, yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, tidak mewakili PKR, malah parti sudah sejak April memberi amaran keras tindakan pecat kepadanya, kata pengarah komunikasi parti Fahmi Fadzil.
Iswardy malam tadi ditahan oleh polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam satu siaran video secara langsung di YouTube yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, lapor portal Utusan Malaysia.
“PKR mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hiraki pimpinan PKR Sarawak mahupun Pusat.
“Kenyataan-kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian (PKR), sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti,” kata Fahmi dalam satu kenyataan, hari ini.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dev Kumar dipetik oleh portal Utusan Malaysia berkata Iswardy ditahan di kediamannya di Kajang, Selangor.
“Suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kira-kira pukul 11 malam tadi.
“Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek (hari ini) bagi siasatan lanjut,” katanya.
Menurut Fahmi, Biro Politik PKR pada April lalu memberi amaran keras kepada Iswardy selepas ucapan beliau melalui beberapa video sebelum ini dibangkitkan kepada biro itu.
“Parti juga telah memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memecat beliau sekiranya beliau mengulangi perbuatan yang sama,” katanya.
Iswardy pada Jumaat membuat siaran langsung di laman YouTube miliknya mengupas keputusan Putrajaya mengenakan sekatan pergerakan penuh atau lockdown bagi mengekang penularan Covid-19.
Sehingga malam tadi, siaran yang diberinya tajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun Ini” ketika itu ditonton lebih 30,000 kali.
Malam tadi, Iswardy mempertahankan kenyataannya itu dan menegaskan beliau bukan menghina Yang di-Pertuan Agong sebaliknya merayu baginda untuk campur tangan terhadap kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang didakwanya gagal mengendalikan penularan Covid-19.
Menurut Fahmi, PKR menunggu siasatan polis sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Iswardy.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mencabar PKR mengambil tindakan tegas dan memecat Iswardy. – 30 Mei, 2021.
BERAT
AMAT
BERAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan