Ahad, 30 Mei 2021

LEBAI KOTE KANTOI LAGI

 


KANTOI

KAH KAH KAH

LEBAI KOTE

DI TAHAN POLIS

KAH  KAH KAH


Polis Terengganu sahkan ada siasatan terhadap Khairuddin

POLIS Terengganu mengesahkan ada siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas diperiksa di sebuah sekatan jalan raya di negeri itu baru-baru ini namun enggan mengulas lanjut butiran kes.

Ketua Polis Terengganu Roslee Chik memberitahu siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dikendalikan oleh ibu pejabat pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Polis sedang melakukan siasatan dan kes telah diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Roslee juga dipetik oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian mengesahkan Khairuddin ada melalui sekatan jalan raya itu pada 16 Mei lalu, seperti yang tular di media sosial. 

Unit Siasatan Jenayah Terkelas ialah sebuah pasukan khas dengan tugas khusus menyiasat kes-kes berprofil tinggi.

Polis membuat pengesahan ini ketika beberapa pihak pada masa mendesak pihak berkuasa membuka siasatan terhadap Khairuddin atas dakwaan salah guna kuasa berhubung tanah milik Lembaga Getah Malaysia.

Lembaga Getah Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Teresa Kok juga dalam satu kenyataan menggesa Khairuddin menjawab tuduhan terhadapnya, yang tersebar di media sosial.

Khairuddin sekali lagi menjadi tumpuan minggu ini selepas tular satu maklumat melalui media sosial kononnya beliau ditahan di sebuah sekatan jalan raya di Kemaman, Terengganu.

Mesej yang tular sejak Rabu lalu menyebut Khairuddin dikatakan tidak puas hati dengan pemeriksaan polis terhadapnya semasa melalui sekatan jalan raya tersebut.

Mesej tular itu juga menyebut Khairuddin pada masa itu bersama seorang selebriti wanita, yang juga bekas isteri kepada seorang pelakon.

Khairuddin tahun jadi sorotan selama beberapa bulan selepas didakwa melanggar peraturan pencegahan Covid-19 apabila tidak menjalani kuarantin wajib sebaik pulang dari luar negara pada awal Julai 2020.

Pada Oktober 2020, Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap pemimpin PAS itu kerana tiada bukti untuk dijadikan asas pertuduhan.

Semasa balik dari luar negara, Khairuddin telah tidak diserahkan dokumen memaklumkan kepadanya mengenai perintah kuarantin, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998, kata polis. – 29 Mei, 2021.


POLIS POTONG

STIM

KAH KAH KAH

PASAI APA

TAHAN

 LEBAI KOTE

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Tak takut ke lebai kote cari sampai ke lubang (?)

hamim berkata...

Harap harap lepas ni tak lah sunyi sepi seperti kes Nuar