Kerajaan tak bertindak mengenai titah tambahan kerana Agong bertukar, kata Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah tambahan yang memerintahkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah susulan pengampunan diraja yang mengurangkan tempoh penjara awal tahun ini, sebaliknya berkata arahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.
"Kenapa kita tak bertindak? Kerana Yang di-Pertuan Agong dah bertukar. Apa-apa tindakan kita buat mesti rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Anwar ketika Dewan Rakyat membincangkan usul mengenai titah tambahan yang disertakan pada pengampunan separa yang diberikan kepada Najib.
Awal tahun ini, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.
Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah adendum oleh Sultan Abdullah supaya Najib menjalankan baki hukuman penjara di rumah.
Tempoh takhta Sultan Abdullah tamat pada 30 Januari lalu, dan diambil alih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut Anwar, titah tambahan hanya boleh didedahkan dengan perkenan Agong.
Jawapan itu beberapa hari selepas anak Najib, Nizar Najib memfailkan afidavit dengan menyertakan salinan titah tambahan yang menurutnya dimaklumkan sendiri kepadanya oleh bekas Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Afidavit itu difailkan pada 5 Disember sebelum semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah itu di Mahkamah Rayuan.
Ketika disoal oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mengapa kerajaan tidak mendedahkan kewujudan titah tambahan itu, Anwar sekali lagi berkata perkara itu tidak boleh dibahas kerana kes mengenainya masih berjalan di mahkamah, di samping melibatkan keputusan Agong dalam Lembaga Pengampunan.
"Kenapakah, selama ini pihak kerajaan tidak bercakap benar mengenai kewujudan atau tidak adendum ini. Apakah ini bukan satu pendustaan dan penderhakaan kepada titah perintah Yang di-Pertuan Agong, dan ini juga terkandung ke dalam satu perkara yang dianggap undang-undang 'wrongful imprisonment', kalau ianya (titah tambahan) ada, melanggar peraturan," tanya Takiyuddin.
"Yang Amat Berhormat, rakyat Malaysia menuntut penjelasan daripada kamu."
Soalan itu dijawab dengan nada marah oleh Anwar, yang menuduh pembangkang bersikap hipokrit dalam membela Najib dan cuba meraih markah politik.
"Soal adendum, kita tak boleh jawab, kerana kes itu melibatkan Yang di-Pertuan Agong, dan Lembaga Pengampunan yang pengerusinya Agong. Sejak bila kita boleh bahas sehingga dibawa ke mahkamah, itu lain.
"Nak jadi jaguh separuh jalan, boleh! Tetapi kalau nak tengok hukum, tolong jawab! Boleh ke tidak seorang perdana menteri ulas keputusan Agong dalam Lembaga Pengampunan?"
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak dua afidavit difailkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang mengesahkan kewujudan titah itu.
Sementara itu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa titah tambahan tidak dibangkitkan dalam agenda mesyuarat yang dihadiri beliau pada 8 Disember lepas.
"Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu tidak memasukkan agenda permohonan pengampunan Najib dalam pertimbangan Lembaga Pengampunan. Jadi untuk rekod, saya persembahkan kepada Tuanku, atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Najib adalah munasabah kalau diberi
pertimbangan.
"Pada masa itu dalam mesyuarat yang saya hadir, tiada langsung bangkit isu kandungan addendum yang dimaksudkan itu.
"Pada 29 Januari berikutnya, itu memang dihadiri oleh menteri yang bertanggungjawab, iaitu (menteri) Wilayah Persekutuan dan saya tidak lagi hadir," katanya.
3 ulasan:
agong tetap agong.. orangnya saja bertukar.. titah tetap dari YDPA..wajar untuk kerajaan turuti.. jelutong selalu kata kerajaan ni kerajaan titah... macam mana dengan titah ini adakah jelutong bangkang ? kalau jelutung bangkang kita kena tangkap jelutong... amin
Tatau Syria Baru ni milik siapa dah..
Helok perang Ukraine lawan Russia
Bila Trump ambil alih kuasa
Tetiba jer kerajaan Syria yang tumbang
What is the be'cos...!?
Sebab dah diaturkan utk perang lagi supaya USA bole jual senjata...
Jangan terkinja kinja sangat lah aaaiii
Kah kah kah
Titah la apa pon jibby kena cium jubo roastmah ke apa ke tak boleh dilaksanakan kerana agong tarak itu kuasa dalam constitution tapi tapi jesteru jesteru saya ulang saya ulang si ketimbang kepundek jubo planta la yang arah kes jibby disegerakan melangkah bendul banduan lain..kenapa melayu muslim semua diam? Yang curi setin susu untuk menyusukan anak tak pulak dibagi keutamaan..isle apa nie? Tak usah la melalak oakai soeaker 5 kali seari bising cam kera dapat roti. Phuiiiii
Catat Ulasan