Jumaat, 17 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK LEBIH ZALIM DARI MADEY


Hak asasi, kebebasan semakin terhakis di bawah Anwar, kata laporan global


Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa mengubah haluan kerajaannya yang menyekat gak asasi manusia, kata kumpulan hak global Human Rights Watch (HRW) dalam mengeluarkan laporan tahunan terbarunya.

Laporan setebal 546 muka surat itu, yang menilai situasi hak asasi manusia di lebih 100 negara sepanjang tahun 2024, berkata Malaysia di bawah Anwar telah gagal menunaikan janji meminda atau mengubah pelbagai undang-undang zalim, sebaliknya bertindak meluaskan kuasanya dengan menjadikan kebebasan bersuara sebagai jenayah.

“Anwar menjanjikan rakyat Malaysia untuk melakukan reformasi menyeluruh, tetapi sebaliknya kerajaannya berusaha menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan mengamalkan agama,” kata Bryony Lau, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.

"Ketika kerajaan Anwar bersedia menerajui Asean pada 2025, ia seharusnya memperjuangkan hak di Malaysia dan di seluruh rantau ini."

Merujuk langkah baru-baru ini untuk memperkasakan kuasa kerajaan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia, HRW berkata ia merupakan sebahagian daripada tindakan memerangi kebebasan bersuara.

"Akta Keselamatan Siber yang baharu, yang berkuat kuasa pada Ogos, memperluaskan kuasa kerajaan untuk mengawal kebebasan suara dalam talian," kata HRW.

Ia turut mendakwa pihak berkuasa dan imigresen melakukan pelanggaran hak dengan mengusir secara paksa orang tanpa kerakyatan dan komuniti Orang Asal.

“Kerajaan Malaysia menahan lebih 16,000 pelarian dan pendatang di pusat tahanan imigresen, yang berdepan penderaan fizikal, kekurangan zat makanan dan pengabaian perubatan.

"Pihak berkuasa Malaysia menafikan hak Orang Asal, terutamanya di timur Malaysia, di mana operasi perniagaan dijalankan di hutan yang didiami Orang Asal. Di Sabah, pihak berkuasa menghalau ratusan Bajau Laut secara paksa, sebuah kumpulan nomad dan etnolinguistik tanpa kerakyatan," katanya.

Sementara itu, laporan itu melahirkan kekecewaan terhadap pindaan perlembagaan mengenai kewarganegaraan, yang turut memberikan golongan ibu Malaysia hak sama seperti ayah untuk mendaftarkan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara sebagai rakyat Malaysia.

"Rang undang-undang itu bagaimanapun masih mengandungi peruntukan yang bermasalah, termasuk membatalkan kerakyatan automatik bagi kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia kepada pemastautin tetap."

SAH DAN SAHIH

ANWAR

BALACKROCK

LEBIH ZALIM

DARI MADEY

AMIN

INI BUKAN

FITNAH

AMIN

INI HASIL KAJIAN

LEMBAGA

DUNIA YG DULU 

JADI RUJUKAN

 UNTUK 

LAWAN MADEY

KHALAS

Tiada ulasan: