Selasa, 27 Mei 2025

KENAPA ISLAM TUMPANG TEKNOLOJI KAPIR



Trend PK Battle bercanggah dengan ajaran Islam – Mufti P.Pinang

GEORGE TOWN – Trend PK Battle yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna TikTok disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ia menggalakkan pembaziran harta, hiburan melampau serta perlakuan yang merendahkan maruah manusia.

Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman menegaskan, Islam melarang sebarang bentuk pembaziran dan menyeru umatnya memanfaatkan harta serta masa secara berhemah.

“Trend PK Battle merupakan satu bentuk hiburan yang tidak mendidik sebaliknya memperlihatkan budaya menunjuk-nunjuk, mengejar populariti dan memperagakan diri demi mendapatkan sumbangan.

“Lebih membimbangkan apabila peserta yang kalah sanggup melakukan aksi tidak senonoh yang menjatuhkan maruah semata-mata untuk memenuhi tuntutan penonton.

“Allah SWT berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan (Surah al-Isra’: 27). Menyumbangkan wang dalam bentuk gift digital untuk sesuatu yang sia-sia dan tidak memberi manfaat jelas merupakan satu bentuk pembaziran yang ditegah oleh Islam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd Sukki, PK Battle juga dikhuatiri menormalisasi hiburan yang tidak bermoral termasuk percakapan lucah, tarian mengghairahkan atau pakaian yang tidak sopan, terutama apabila peserta terpaksa melaksanakan ‘hukuman’  selepas kalah dalam pertandingan.

“Tindakan mempersembahkan hiburan tidak mengikut adab dan akhlak Islam bukan sahaja mencemarkan maruah individu tetapi turut mempengaruhi penonton terutamanya remaja, untuk melihat perlakuan sebegitu sebagai sesuatu yang biasa.

“Trend ini turut memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan nilai dan sahsiah anak muda, ketika dunia sangat memerlukan generasi yang berilmu dan berakhlak.

“Anak muda yang sepatutnya digilap menjadi individu berwibawa dan beretika kini lebih tertarik dengan jalan pintas meraih wang dan perhatian melalui dunia maya. Ini amat merisaukan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Sukki menyeru agar ibu bapa, pendidik, tokoh agama dan penggubal dasar tampil memberikan bimbingan dan alternatif yang lebih bermanfaat agar trend seperti ini tidak terus menghakis nilai murni dalam masyarakat.

“Islam tidak menolak hiburan, tetapi hiburan mesti dikawal agar tidak melanggar syariat dan tidak merosakkan akhlak,” katanya.

Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar segera mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti PK Battle di platform TikTok yang dilihat sebagai bom jangka sosial negara.

Presidennya, L. Francis mendakwa aktiviti tersebut bukan sahaja membuang masa, malah mendorong kepada perbuatan tidak bermoral seperti buli, peras ugut, eksploitasi seksual, serta pencabulan batas etika secara terbuka di media sosial. – 

KENAPA

NEGARA KLIM

ISLAM TAK BUAT

TEKNOLOJI SENDIRI

AMIN

BILA ORANG LAIN

BUAT SEMUA

DIANGGAP SALAH

AMIN

DIRIKAN SERVER

SENDIRI

BUAT PLATFORM

ISLAM SENDIRI

BUAT SATELIT

HALAL 

BUAT INTERNET

HALAL

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap sebutan mudah macam hadhari madani banyak orang syok & laungan laungan spt reformasi kah kah kah wooit aitt sakau sakau??