WARKAH
MENYOKONG
NURUL IZZAH
KHALAS
Leslley Kalom
Warkah Dari Harare: Untuk Nurul Izzah, Bakal Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat
Harare, Zimbabwe
21 Mei 2025
Ke Hadapan Adinda Nurul Izzah Yang Dikasihi,
Puteri Reformasi, Pewaris Takhta Keadilan, Malaysia Madani Raya
Salam Reformasi, Salam Madani dan Salam DAMAI (Daddy Anwar Mama Azizah Izzah)
Adinda Ku,
Kekanda menulis dari Harare — jauh dari Istana Segambut, tetapi dekat dengan denyut nadi rakyat Malaysia yang sedang tertanya-tanya:
"Kalau bukan dia, siapa lagi? Kalau bukan anak, siapa lagi yang layak?"
Kalau di Amerika mereka ada keluarga Kennedy, di India keluarga Gandhi, di Korea Utara keluarga Kim, maka kita di Malaysia, apa kurangnya? Kita ada keluarga B.A.B.I — Brother Anwar Bin Ibrahim
Lengkap dengan drama, legasi, dan plot twist yang boleh buat Netflix menangis.
Izinkan Kekanda menyampaikan ucapan tahniah yang paling tidak mengejutkan dalam sejarah politik moden.
Di antara ribuan ahli parti, ratusan aktivis veteran, puluhan tokoh akar umbi yang bergelumang lumpur perjuangan — akhirnya yang paling layak adalah anak kepada Presiden parti, anak kepada Menteri Kewangan, anak kepada Pengerusi Majlis Penasihat, anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan, dan juga anak kepada Perdana Menteri.
Sungguh luar biasa. Bukan kerana tidak dijangka, tetapi kerana kita semua berpura-pura ianya perjuangan, bukan perancangan
Adinda Ku,
Bila Adinda umum bertanding kerana “tanggungjawab”, Kekanda hampir lemas dalam air mata sinis. Terharu sungguh.
Dalam dunia yang penuh dengan kemunafikan politik, Adinda muncul membawa nafas baharu: kemunafikan yang lebih sofistikated, siap berlabel Madani.
Kekanda akui, perkataan “nepotisme” itu agak keras. Mungkin lebih sesuai kita guna istilah baharu: "Amanah Berdasarkan Garisan Keturunan.”
Lagipun, adakah adil untuk menyekat potensi politik yang diwarisi secara genetik? Tidak semua orang lahir dengan akses kepada kerusi mesyuarat strategik sejak umur belasan tahun, bukan?
Calon-calon lain juga wajar diberi penghargaan — kerana berani bertanding walaupun tahu pentas ini hanya untuk watak-watak sokongan.
Mereka itu seperti pemain simpanan yang dihantar ke padang supaya penonton rasa ini perlawanan sebenar. Demokrasi? Lebih tepat, demo-kerusi — tunjuk kerusi siapa sebenarnya.
Adinda Ku,
Di cabang Harare ini, kami sedang bincang untuk menukar nama cawangan kepada PKR Cawangan Warisan & Wakil Anak Beranak Berwibawa (W.A.B.B)
Kami ingin meraikan pendekatan "demokrasi terancang" yang sedang rancak diamalkan — satu model yang mungkin boleh disarankan kepada Kesatuan Afrika kelak.
Adakah ini masa depan politik kita?
Di mana perjuangan sebenar hanya berlaku dalam silibus sejarah, dan kuasa diwarisi seperti saham syarikat keluarga? Jika begitu, Kekanda cadangkan agar Perlembagaan parti diganti dengan salasilah keluarga
Terus terang. Tak payah lagi berpura-pura.
Akhir kata, Kekanda doakan Adinda berjaya dalam pemilihan ini — bukan kerana Adinda memerlukan undi, tetapi kerana keputusan itu, seperti biasa, hanya menunggu masa untuk diumumkan sahaja.
Yang benar,
Tuan Haji Ebrahim Abayomi (ZH00000001)
Ketua Cabang PKR Harare, Zimbabwe


Tiada ulasan:
Catat Ulasan