Sabtu, 12 Julai 2025

PANAS PANAS PANAS



Pakar beri amaran peningkatan gelombang haba, risiko kebakaran hutan di Sepanyol


BARCELONA: Orang ramai di Sepanyol perlu meningkatkan kesedaran mereka mengenai risiko berkaitan iklim berikutan kejadian yang semakin kerap dan ekstrem seperti gelombang haba melampau dan kebakaran hutan besar akibat peningkatan suhu, menurut amaran seorang pakar iklim.

Profesor geografi fizikal di Universiti Barcelona, Javier Martin-Vide dalam temu bual dengan Xinhua berkata rakyat Sepanyol perlu bersedia menghadapi keadaan iklim yang semakin buruk.

Pada penghujung Jun dan awal Julai, suhu meningkat sehingga 42 darjah Celsius di kebanyakan bahagian di negara itu.

Minggu ini, Agensi Meteorologi Negara Sepanyol (AEMET) memberi amaran mengenai ribut kuat dan banjir di beberapa kawasan.

Profesor itu berkata, suhu tinggi juga meningkatkan risiko kebakaran hutan. Lebih 3,300 hektar terbakar minggu ini di wilayah timur laut Catalonia, hanya beberapa hari selepas 6,000 hektar – kebanyakannya kawasan ladang – turut terbakar di kawasan sama.

"Keadaan cuaca panas melampau ini biasanya berisiko untuk kebakaran hutan besar," kata Martin-Vide.

"...Kemungkinan sepanjang musim panas ini kita akan sekali lagi melihat imej kebakaran yang menjejaskan hutan dan tanaman kita."

Beliau memberi amaran bahawa suhu tinggi diikuti cuaca ekstrem dijangka berterusan sepanjang musim panas, dengan bukti menunjukkan trend ini akan menjadi semakin kerap setiap tahun.

"Model iklim menunjukkan bahawa dalam dekad-dekad akan datang suhu akan terus meningkat, dan pemanasan berterusan ini akan menyebabkan episod cuaca panas melampau menjadi lebih kerap, lebih teruk, lebih lama dan berlaku lebih awal dalam kalendar," katanya.

Martin-Vide turut memberi amaran mengenai kesan kesihatan akibat cuaca panas melampau, terutamanya kepada golongan warga emas.

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol, seramai 2,020 orang – 90 peratus daripadanya berusia lebih 75 tahun – meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan haba pada musim panas lalu.

PANAS PANAS

TUHAN RA

MURKA 

AMIN

MANUSIA CEMAR

ALAM SEMESTA

AMIN

MALAPETAKA 

IKLIM SAMPAI

MEMBAKAR UMAT

MANUSIA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan buat banyak madafaka pada alam kehidupan & politik nanti malapetaka ambik alih padan muka nak lari kemana ??? ke angkasa ke, atau ke kota madani,? ha hu hu ha.!

Tanpa Nama berkata...

zaman ais zaman pra sejarah siapa yang musnahkan alam... ais tetap cair... adakah ada naga yang sembur api... kah kah kah