Sabtu, 12 Julai 2025

TUAN HAKIM ADA KES ?



Hakim ada laporan polis, prosiding mahkamah tak patut dipertimbang lantikan kanan – Peguam

KUALA LUMPUR – Peguam kanan,  Zainul Rijal Abu Bakar berharap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menasihati Yang di-Pertuan Agong agar melantik hakim-hakim kanan berdasarkan kekananan dan pengalaman.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata, pelantikan baharu itu tidak boleh dibiarkan terlalu lama dan Persidangan Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat ini perlu diberikan nasihat yang berintegriti berkenaan perkara tersebut.

Menurut beliau, apa yang menjadi pertikaian ketika ini bukanlah ketiadaan lanjutan tempoh bagi Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Persekutuan kerana ia tidak dibuat secara automatik.

Apatah lagi, ujarnya, pelanjutan tempoh bagi kedua-dua jawatan itu dibenarkan di dalam Perlembagaan Persekutuan antara lain bagi membolehkan penyandang jawatan melupuskan kes-kes yang masih belum selesai.

“Kita sudah lama tahu ramai jawatan kanan kehakiman akan bersara wajib, kenapa tidak dari dulu lagi kerajaan mengambil tindakan sewajarnya?

“Jika proses ini telah lama dibuat kenapa ia tidak dapat disempurnakan? Adakah terdapat tangan-tangan asing yang mencampuri urusan perlantikan ini?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menurut Zainul Rijal, persoalan utama berhubung isu kehakiman itu juga adalah apakah parameter yang akan digunakan bagi lantikan kedua-dua jawatan dalam institusi kehakiman tersebut.

Buat masa ini, tambahnya, tidak ramai yang boleh disenarai pendek untuk lantikan tersebut mengambil kira Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan bersara wajib atau menyelesaikan tempoh lanjutan tahun ini.

Sehubungan itu, ujarnya, daripada beberapa nama yang tinggal, sewajarnya integriti hakim diutamakan dalam lantikan tersebut.

“Kekananan Hakim juga menjadi suatu aspek yang perlu dilihat di samping penghakiman-penghakiman yang ditulis serta pengalaman dalam bidang kehakiman.

“Kriteria ini sangat penting di dalam mempastikan kehakiman negara akan terus ditunjangi oleh mereka yang benar-benar arif dan berpengalaman,” katanya.

Malah, tegas beliau, hakim yang masih mempunyai prosiding terhadapnya di mahkamah dan laporan polis berkaitan beliau jika dilantik hanya akan menambahkan defisit kepercayaan rakyat bukan sahaja kepada badan kehakiman tetapi juga pihak kerajaan.

“Apakah akan jadi kepada kes berkenaan jika hakim tersebut dilantik mengetuai atau mempunyai jawatan utama dalam kehakiman negara,” katanya. –

TUAN HAKIM

ADA KES ?

KAH KAH KAH

KALAU ADA KES

MACAM MANA

NAK  JADI

HAKIM?

KHALAS

Tiada ulasan: