Sabtu, 12 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 12 JULAI 2024

SENIN PEGUAM BERDEMO


HIMPUNAN DI SANA SINI
Wow – Senin ini Majlis Peguam mengadakan DEMO di Putrajaya. Mereka turun membantah apa yang berlaku dalam badan KEHAKIMAN .

Satu KEGAGALAN ISAP PELIR telah menyebabkan huru hara dalam Badan KeHAKIMAN. Jeng jeng jeng.

DI KEDAH ALOR STAR anak muda akan berhimpun KHAMIS INI. Ini persediaan untuk SABTU 26 Julai 2025  DEMO di Dataran Merdeka.

DI KELANTAN KOTA BAHRU – satu himpunan juga sedang di atur untuk sama bersedia turun ke Dataran Merdeka.

DEMO dah jadi budaya kita. TURUN TURUN TURUN lawan Ma  Da Fa Ka. Amin.

INDIA
Laporan siasatan awal pesawat Boeing jatuh ialah kerana injin di matikan sebaik saja kapal meluncur terbang. Pasai apa? Silap manusia ? Silap teknikal? Siasatan di teruskan.

GAZA
Rundingan gencatan senjata mengikut jurucakap Hamas kini semakin jauh. Nampaknya tidak ada perkembangan baru.

AMERIKA
Trump janji akan hantar senjata pada Ukraine. Kebelakangan ini senjata dari Amerika terhenti.

GAZA
Lebih 800 warga telah mati di bunuh ketika beratur untuk mendapat makanan. Ini berlaku semenjak beberapa bulan GFH – NGO yang pro Israel masuk membantu.

FILIPINA
Judi dalam talian menjadi-jadi. Kerajaan mula melarang iklan judi dalam talian.

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah. Matahari tak kelihatan. Langit pucat mendung. KL & KL Sentral berjerebu. Kemarin petang ujan tak jadi.

Di Pintu masuk 3 Abang Potong Rumput sedang bekerja. Ho ho – ramai betul Tiong mencari rezeki – loncat meloncat ikut Abang Potong Rumput. Ulat dan belalang  cuba lari dan Tiong menunggu.

Gua dengar juga suara Tekukur tapi menarik suara murai. Bukan berkicau tapi bunyi marah.

Gua rasa hari ini akan panas. Jap lagi gua ke Chow Kit. Nak tengok harga buah. Tapi dari pengalaman - buah akan murah dan banyak kerana  malam kemarin ada lori bawa buah jual di Brickfeilds. Bila ini berlaku maknanya buah banyak di pasaran hingga melimpah ke Brickfeilds. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
SABTU YANG INDAH

BRO
Kebaikan dalam kata-kata akan melahirkan kepercayaan. Kebaikan dalam berfikir akan menghasilkan sesuatu. Kebaikan dalam memberi akan melahirkan cinta.

BRO
Jika lu sihat lu bahagia.

BRO
Lu jangan mohong nanti lu jadi Mada faka. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: