Rabu, 9 Julai 2025

UKRAINE TEMBAK PESAWAT MAS?




Mahkamah putuskan Russia perlu bertanggungjawab ke atas insiden MH17


PARIS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) hari ini sebulat suara memutuskan Russia bertanggungjawab ke atas insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 dan turut mendapati Moscow berulang kali serta secara sistematik melanggar hak asasi manusia di Ukraine.

ECHR berkata, Russia melakukan serangan tentera secara membuta tuli, hukuman mati tanpa perbicaraan terhadap orang awam, penyeksaan, melakukan paksaan terhadap orang awam tanpa alasan yang sah serta pelbagai pelanggaran lain.

Menjelang keputusan hari ini, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Russia tidak akan mematuhi sebarang keputusan mahkamah sambil menegaskan bahawa pihaknya menganggap keputusan itu sebagai tidak sah dan terbatal.

ECHR ialah mahkamah antarabangsa di bawah Majlis Eropah yang berpangkalan di Strasbourg dan pada 2022 Russia dipecat daripada majlis berkenaan susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Parlimen Russia kemudian meluluskan undang-undang pada 2023 untuk menamatkan bidang kuasa ECHR di negara itu.

Dalam keputusannya, ECHR menyatakan secara keseluruhan banyak bukti yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan tindakan menyalahi undang-undang oleh ejen negara Russia termasuk tentera, pihak berkuasa, pentadbiran pendudukan dan kumpulan pemisah bersenjata dilakukan secara berleluasa di seluruh Ukraine.

Keputusan berkenaan membabitkan empat kes yang digabungkan, salah satunya membabitkan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014 dan ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Russia.

Semua 298 orang di dalam pesawat terbunuh.

Moscow menafikan bertanggungjawab terhadap insiden penembakan itu dan pada 2014 turut menafikan sebarang kehadiran tenteranya di Ukraine.

ECHR memutuskan Russia gagal menjalankan siasatan yang mencukupi terhadap insiden terbabit, gagal bekerjasama dengan permintaan maklumat atau menyediakan penyelesaian undang-undang untuk waris mangsa.

Disebabkan gagal memberi kerjasama serta membuat penafian secara berterusan mengenai sebarang pembabitan ia menyebabkan keluarga mangsa menjadi lebih menderita, kata mahkamah itu.

Mengulas keputusan itu, Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp berkata 'tiada apa yang dapat menghapuskan penderitaan dan kesedihan ini, tetapi saya berharap keputusan ini memberi sedikit rasa keadilan dan pengiktirafan'.

Sebahagian besar penumpang pesawat berkenaan adalah warga Belanda.

Tiga kes lain yang dibicarakan bersama dalam keputusan hari ini dibawa oleh Ukraine, membabitkan dakwaan puak pemisah pro-Russia menculik kumpulan kanak-kanak Ukraine dan memindahkan mereka ke Russia, serta corak pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa berlaku sepanjang perang Russia di Ukraine yang kini memasuki tahun keempat.

Kementerian Kehakiman Ukraine, menerusi kenyataan di aplikasi Telegram, menyifatkan keputusan ECHR ini sebagai "antara yang paling penting dalam amalan kes antara negara."

Mahkamah dijangka akan memutuskan kemudian mengenai kemungkinan pampasan dan ganti rugi, namun tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan keputusannya, terutamanya ke atas sebuah negara yang tidak lagi mengiktiraf bidang kuasanya, menjadikan keputusan hari ini kebanyakannya bersifat simbolik.

AWAL LAPORAN

MH17 DI TEMBAK

OELH UKRAINE

AMIN

KERANA ADA

PESAWAT RUSIA

YANG BAWA PUTIN

DI LALUAN SAMA

AMIN

PESAWAT MH17

SEAKAN SAMA

DENGAN 

PESAWAT RYSUA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: