PAGI INI
PAGI INI
RABU 9 JULAI 2025
SENIN 14 JULAI
PARA PEGUAM TURUN BERDEMO
TARIF TRUMP
Malaysia kena 25% Tarif Trump – ertinya kena tambah bayar 25% dari nilai barang yang kita nak jual ke Amerika. Barang kita jadi mahal.
Kita jual getah. Kita jual mikrocip. Kita jual sawit. Amerika rakan niaga ke dua terpenting. Lebih 70bilion dolar kita jual barang pada Amerika.
Teori TARIF ini ialah bila barang kita mahal maka syarikat yang buat barang ini akan dirikan syarikat di Amerika. Tapi syarikat leteronik kita semuanya milik Amerika. Kah kah kah. Nanti barang eksport dari Malaysia akan mahal – maka warga Amerika kena bayar. Kah kah kah.
Syarikat ini nak pindah ke Amerika akan ambil masa. Malah tenaga buruh di Amerika mahal. Gaji asas 15 dolar satu jam. 15 dolar ini gaji asas sehari untuk pekerja di Malaysia.
Sawit dan getah tak boleh ditanam di Amerika. Malah getah asli ini amat penting untuk dua perkara. Satu getah untuk sarung tangan. Kedua getah untuk kondom. Kalau kondom mahal ramai akan pancut atas perut atau makin ramai bayi tak di rancang lahir kah kah kah.
Kita tunggu apa langkah kerajaan. Dulu Trump kata : they came and kiss my arse ... mereka datang cium punggung aku... wow... ini menarik. Apakah Zafrul akan pergi cium buntut Trump? Kah kah kah.. Madafaka ikut sama ke? Kah kah kah.
AMERIKA
Trump marah pada Putin. Maka Trump akan hantar 10 peluru Patriot ke Ukraine.
FRANCE
Lapangan terbang di kota Marseille – selatan France – di tutup. Hutan terbakar dah melarat luas. Angin kencang 70 batu sejam.
GAZA
Perbincangan gencatan senjata masih dalam perbincangan lagi.
BRAZIL
Negara-negara BRIC akan kena tambah 10% lagi cukai oleh Trump. Kah kah kah.
PBB
Kenyataan PBB mengumumkan 700,000 warga Palestin di Gaza kehilangan tempat tinggal.
HOKKIEN
Pagi ini indah cerah basah. Kemarin hujan petang. Mata hari dah keluar. Langit biru terbentang indah dengan taburan awan putih. KL & KL Sentral cerah - jerebu di basuh hujan dan angin.
Cahaya matahari pagi enak. Gua suka kena cahaya matahari pagi – gua dapat Vit D – yang baik untuk lena tidur.. Waktu petang juga gua akan buka baju menikmati cahaya matahari. Gua juga buka kasut agar kaki gua menikmati rasa bumi.
Ha ha Tekukur bersuara. Pipit bersuara tapi badan tak nampak. Dari jauh siulan Murai. Bila Murai berkicau di waktu pagi pasti mengindahkan lagi bumi ini.
Hari ini akan panas. Petang ini gua nak bawa Tak Tak dan Ezi ke hospital di UPM. Ini hospital untuk binatang yang terbaik pada hemat gua. Ezi batuk-batuk. Tak Tak hanya ikut sama nak timbang badan.
BRO
SENYUM
SENYUMLAH KITA SAMBUT
RABU YANG INDAH
BRO
Muzik dalam jiwa lu boleh di dengar dan di nikmati oleh alam semesta.
BRO
Jika lu paksa-paksa orang terima pandangan lu pasti tak ramai akan menerimanya.
BRO
Jika lu murung ertinya lu hidup dunia kemarin. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan