Rabu, 9 Julai 2025

MCA SOKONG LAWAN MA DA FA KA -



Pemuda MCA Petaling Jaya sokong perarakan peguam
Pemuda MCA Petaling Jaya menyokong penuh cadangan Malaysia Peguam Malaysia yang akan berarak pada 14 Julai nanti bagi menzahirkan tuntutan mereka terhadap kebebasan badan kehakiman.

Ketuanya, Andy Teoh Tuck Wah, berkata dia juga turut menyokong saranan sembilan ahli parlimen PKR - diketuai Rafizi Ramli - agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti isu pelantikan hakim.

Katanya, badan kehakiman perlu bebas daripada sebarang tekanan atau campur tangan.

"Sebagai seorang peguam yang masih menjalankan amalan guaman, ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, dan Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, saya tanpa ragu-ragu yakin kebebasan kehakiman mesti dikekalkan — baik dari segi substansi mahupun persepsi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Majlis Peguam Malaysia memberitahu mereka akan mengadakan perarakan aman pada 14 Julai ini dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi menyerahkan memorandum menuntut tindakan segera bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.

Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, berkata Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman itu adalah manifestasi kebimbangan semakin serius terhadap kekosongan jawatan utama kehakiman, kelewatan pelantikan, serta dakwaan gangguan dalam urusan pelantikan dan keputusan kehakiman.

“Institusi kehakiman mesti dipertahankan. Perarakan ini bukan sekadar simbolik, ia menunjukkan iltizam Majlis Peguam Malaysia terhadap integriti dan kebebasan kehakiman,” katanya.

Rafizi pula pada hari yang sama dalam satu sidang media bersama lapan ahli parlimen PKR lain menuntut penubuhan RCI untuk menyiasat dakwaan baru-baru ini yang dikaitkan dengan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Tak kira gabungan mana

Rafizi bagaimanapun menafikan dia cuba untuk mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan dalam pelantikan tersebut.

Perkembangan itu berlaku selepas pemangku Ketua Hakim Negara Hasnah Mohammed Hashim memanggil mesyuarat tergempar JAC pada 4 Julai lalu ekoran persaraan mandatori penyandang jawatan tersebut, Tengku Maimun Tuan Mat, dan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.

Teoh berkata, keputusan tidak melanjutkan tempoh jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan serta kontroversi JAC menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pengamal undang-undang dan orang ramai.

Justeru, katanya Pemuda MCA Petaling Jaya memuji usaha Majlis Peguam Malaysia mahu memelihara integriti mahkamah bagi memastikan mekanisme semak dan imbang kekal utuh.

"Pemuda MCA konsisten dengan pendirian kami—tidak kira gabungan mana yang berkuasa, kami akan sentiasa mempertahankan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

"Badan kehakiman mesti dilindungi daripada sebarang bentuk campur tangan," katanya lagi.

Menurut Teoh, seruan supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu pelantikan hakim adalah tepat pada masanya kerana badan itu nanti bukan sekadar menyiasat, namun boleh mengemukakan syor berkaitan.


SENIN 14 JULAI

PUTRA JAYA

TURUN TURUN

 TURUN

AMIN

PERKAMBANGAN

AMAT BAIK

AMIN

MAKIN RAMAI 

AKAN TURUN 

LAWAN 

MA DA FA KA

AMIN

KHALAS 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suruh PAS pi main jauh jauh la...kita kaki rock, selagi dia ada kami tak turun...lu tengok sendiri.