Isnin, 15 September 2025

RAKYAT DI BULI - PEMAJU DI SANTUNI



Kerajaan tak boleh cuci tangan isu Kampung Sungai Baru, walaupun puncanya dari PN

JOHOR BAHRUKerajaan Madani perlu campur tangan dalam isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, selepas tanah mereka diambil pemaju, sebagai tanggungjawab moral dalam menyelesaikan kekusutan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tidak boleh ‘cuci tangan’ dalam masalah tersebut walaupun puncanya daripada kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Kerajaan Madani sekarang pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai tanggungjawab moral dan legal untuk membantu penduduk-penduduk Kampung Sungai Baru yang kehilangan rumah mereka selepas tindakan perobohan dilakukan pada 11 September lalu.

“Tanggungjawab kerajaan bagi sebuah negara Malaysia tidak terputus-putus. Kerajaan yang ada sekarang terpaksa memikul tanggungjawab akibat daripada tindakan kerajaan yang terdahulu.

“Dalam hal ini daripada segi moral, Kerajaan Madani perlu mengambil tindakan proaktif membantu semua penduduk Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa pengambilan tanah tapak rumah mereka di bawah Akta Pengambilan Tanah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sekarang khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan boleh berbincang dengan pemaju dan bantuan perlu diberi walau dengan apa cara sekalipun sama ada mereka yang kehilangan rumah atau yang duduk di rumah transit dengan menyewa.

Menurutnya, daripada segi undang-undang pula kerajaan melalui Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara perlu membantu penduduk-penduduk untuk mempastikan beberapa perkara.

“Pertama adakah sah daripada segi undang-undang bahawa pihak pemaju yang mendapat kerjasama bailif mahkamah menggunakan kekerasan merobohkan rumah penduduk hanya berdasarkan satu perintah ex-parte yang diberi oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah.

“Sedangkan satu permohonan rayuan difailkan penduduk di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah ditetapkan perbicaraan rayuan itu pada 3 Oktober ini.

“Kedua, Kerajaan Madani yang mendukung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang tentu percaya bahawa isu yang berada di Kampung Sungai Baru ialah isu harta rakyat yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi harta rakyat,” ujarnya.

Justeru katanya, penduduk kampung itu perlu mendapat ruang secukupnya daripada segi undang-undang untuk mempertahankan rumah-rumah mereka.

Tegasnya, tindakan perobohan rumah mereka tidak boleh dilakukan selagi kes di mahkamah belum selesai.

Ketiga kata Hassan, keadaan itu bermakna terdapat kesilapan pihak mahkamah yang terlalu terburu-buru memberi izin kepada pihak pemaju merobohkan rumah milik sah penduduk kampung itu.

Sedangkan dalam pengetahuan pihak bailif katanya, rayuan telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan ditetapkan perbicaraan rayuan itu tidak lama lagi.

Hassan berkata, keempat, adakah pihak pegawai mahkamah mempunyai hak menggunakan perintah mahkamah di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk pada 11 September lalu.

“Adakah pegawai mahkamah tidak mengetahui bahawa Aturan 89 hanya boleh digunakan oleh mahkamah dalam kes-kes pendudukan setinggan yang didakwa menceroboh tanah pihak lain.

“Penduduk-Penduduk Kampung Sungai Baru bukannya setinggan. Rumah-rumah yang mereka duduki itu ada geran atau surat hak milik,” katanya.

Mereka ujar beliau, menduduki kampung berkenaan secara sah daripada segi undang-undang sejak bertahun-tahun.

Tegas beliau, tindakan dengan menggunakan kekerasan dengan memecah masuk serta merobohkan rumah-rumah mereka adalah bercanggah sama sekali dengan lunas-lunas keadilan.

“Penglibatan pegawai mahkamah dalam hal ini amat dikesali. Oleh itu sebagai seorang ahli Parlimen yang menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan maka saya menyeru supaya Perdana Menteri segera membantu rakyat biasa di Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa ketidakadilan,” katanya.- 

PAK HASAN NI

TAK TENGOK

KLIP MADAFAKA

BUAT JANJI

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

SLOGAN MADANI

RAKYAT DI BULI

PEMAJU DISANTUNI

KHALAS

Tiada ulasan: