Ahad, 7 September 2025

TANGKAP WARGA MAYA TIDAK SELESAI MASALAH



Ugut pakar patologi: Lelaki 61 tahun ditahan polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun ditahan pagi ini susulan ugutan jenayah dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian terhadap seorang pakar patologi, Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut, Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun berkata, lelaki berkenaan ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Semporna, Sabah jam 7 pagi tadi.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

”Pada September 2025, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat pengadu berhubung satu kenyataan di laman Facebook menggunakan akaun atas nama Amung Kamaruddin yang berunsur ugitan jenayah dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian terhadap seorang pakar patologi, Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Jauteh, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Redmi dan hasil siasatan awal ke atas gajet tersebut mendapati suspek merupakan pemilik akaun Facebook Amung Kamaruddin.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semalam, media melaporkan, Dr Jessie Hiu telah membuat laporan polis berhubung ugutan diterimanya selepas menjadi saksi di Mahkamah Koroner dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Dalam prosiding inkues pada minggu lepas, Dr Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara Qairina membacakan pernyataan saksi memberitahu mahkamah pelajar itu tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah mayat Zara Qairina berada pada tahap pereputan sederhana hingga lanjut dan keadaan itu selari dengan tempoh pengebumian di dalam tanah.

Dr Hiu berkata, kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan tomografi berkomputer (CT), aniografi  tomografi berkomputer (CTA) dan radiograf. -

TANGKAP 

WARGA MAYA

 AMAT BAIK 

AMIN

LAGI RAMAI

AKAN MARAH

KAH KAH KAH

APA  BERLAKU

IALAH RAKYAT

BENCI KERAJAAN

MADANON YANG

BUSUK

AMIN

PAKAI MINYAK

WANGI  JENIS

APA PUN RAKYAT

TETAP BAU BUSUK

AMIN

CARA SELESAI

MASALAH YG TEPAT

IALAH GANTI

 MADAFAKA

DENGAN

 KERAJAAN

BARU

KHALAS

Tiada ulasan: