Trump lancar operasi imigresen besar-besaran di Massachusetts
BOSTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melancarkan operasi penguatkuasaan imigresen berskala besar di Massachusetts, dengan tumpuan khusus di bandar Boston.
Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, operasi dikenali sebagai 'Operation Patriot 2.0' dikendalikan oleh agensi Imigresen dan Kastam (ICE) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) itu dijangka berlangsung selama beberapa minggu.
Ia mengambil nama sempena operasi besar-besaran pengusiran pada Mei lalu yang membawa kepada penahanan 1,500 orang di negeri berkenaan.
Operasi itu dijangka berlangsung selama beberapa minggu, lapor New York Times yang memetik sumber tidak dinamakan tetapi mempunyai pengetahuan mengenai perkara berkenaan.
Ia menyasarkan pendatang tanpa dokumen, khususnya mereka yang pernah dipenjarakan tetapi tidak diserahkan kepada pihak imigresen selepas dibebaskan, sebaliknya akan diusir dan dilarang memasuki AS.
Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada kempen pentadbiran Trump untuk memperketatkan kawalan ke atas bandar-bandar yang dikenali sebagai 'sanctuary cities' atau bedar perlindungan, termasuk Boston, negeri yang bertentangan dasar agensi Persekutuan dalam hal imigresen.
Datuk Bandar Boston, Michelle Wu, mengkritik tindakan itu dan menyatakan bahawa pendekatan agresif 'tidak menjadikan masyarakat lebih selamat'.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan bandar bergantung kepada kepercayaan dan kerjasama antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan, bukan melalui serbuan bersenjata oleh agensi Persekutuan.
Sumber dari Rumah Putih menyatakan bahawa operasi itu adalah sebahagian daripada strategi keselamatan nasional dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain seperti Chicago dan Los Angeles.
Pentadbiran Trump juga telah menerima dana tambahan melalui rang undang-undang (RUU) 'One Big Beautiful Bill' untuk memperkukuh usaha penguatkuasaan imigresen di seluruh negara.
Langkah itu dijangka mencetuskan perdebatan hangat antara kerajaan Persekutuan dan pemimpin negeri serta tempatan, terutama di kawasan yang mempunyai jumlah pendatang asing yang besar dan dasar perlindungan masyarakat yang kuat. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan