Ahad, 7 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

7 SEPTEMBER 2025

INKUES ZAR


PAKAR PATOLOGI
Kah  kah kah – kesian Pakar  Patologi kena  tibai kau kau . kah kah kah.. jelas kelihatan bahawa orang ramai TIDAK LAGI PERCAYA  DENGAN APA SAJA MAKLUMAT RESMI dari kerajaan -  ini amat baik. 

Rakyat dah hilang kepercayaan pada kerajaan Sabah dan  kepada kerajaan Madafaka.  Ini petanda baik bahawa kerajaan Sabah akan bungkus. Bila Sabah bungkus mata Madafaka juga akan bungkus sama.

Dalam RAMALAAN GUA : jika keputusan Inkues ini tidak menjurus kepada terdakwanya penjahat  yang di katakan anak VVIP  maka TAK ADA SIAPA di SABAH akan percaya DENGAN KEPUTUAN TERSEBUT.

Ini lah peranan SOSIAL MEDIA – Terima Kasih Ronald Reagan.

PERANGAI POLITIKUS
Parti -parti Pembangkang keliatan bodoh – bukan nak menghasut rakyat turun ke jalan lawan Madafaka tapi BEREBUT nak jadi PM – kah kah kah. 

Sapa nak jadi PM asalah  KERJA AMAT BANGANG – tak ada sapa dalam Perikatan Nasional  akan jadi PM jika Madafaka tidak di jatuhkan.

Kerja awal ialah jatuhkan Madafaka. Satukan seluruh tenaga untuk hasut rakyat untuk benci Madafaka. Susun dan atur untuk ke jalan raya.

Yakinlah : TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILHAN RAYA – TAK TURUN JALAN RAYA PASTI MATI KATAK. Hanya Jalan Raya dapat mengubah politik negara.

INDONESIA
Lihat perhati  baca dan dengar BAGAIMANA  menantu Jeneral Suharto sedang di gasak oleh anak muda dan rakyat Indonesia. Kalau tidak di lawan dengan jalan raya PASTI  Jeneral Prabowo akan lagi gila – para Menteri dan Para YB akan lagi gila.

Di Indonesia – Sah dan terbukti – JALAN RAYA MENYELAMATKAN NEGARA. Amin.

GAZA
Warga dalam Kota Gaza di minta meninggal kawasan itu. Soldadu Zionis Blackrock  dari darat dan udara akan masuk menyerang. Bangunan tinggi di ledakan.

ISREAL
Rakyat  Israel keluar berdemo minta Trump tamatan perang di Gaza.

AMERIKA
Ramai warga Korea Selatan di tangkap kerana bekerja tanpa permit. Mereka datang dengan visa pelancong terus bekerja dengan syarikat Hyundai.  Bukan puluh orang tapi beratus.

Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Sinar memacar indah. KL & KL Sentral cerah. Langit biru terbentang indah.

Gua merasa enak muka di bakar oleh cahaya matahari pagi. Ini nikmat  asli dunia.

Tepi jalan depan Pokok Ara gua nampak anak-anak anjing bermain. Mereka berani tapi takut. Gua bawa makanan. Semua lari. Lalu gua tinggalkan makanan dalam wakaf. Emak ayah mereka datang marah menyalak.

Tiong cukup gumbira dengan Abang Potong Rumput. Tekukur berlagu dari jauh. Gua tercium aroma minyak mesin.

Berjalan pulang gua lalu sekali lagi depan Pokok Ara – anak-anak anjing duduk tengah jalan. Kali ini tidak ada lagi sesiapa menyalak. Gua rasa mereka dah tahu gua pembawa makanan.  Amin.

Hari ini pasti panas. Gua harap Hujan Rahmat akan sampai petang ini. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

Hendak sepah diberi sepah
Tapi jangan berlegar-legar
Ramai-ramai  kita bersumpah
Madafaka bersama kita langgar

Hendak cawan di beri cawan
Cawan tembaga dari Telok Kemang
Mari bersama kita melawan
Lawan Madafaka hingga menang

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT KE GEREJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila muhyiddin nak turun? parti sendiri dah suruh turun. tt tak nak repot? tt hanya tau membohong saja! kah kah kah!