Selasa, 28 Oktober 2025

SAH MADAFAKA JUAL TANAH MELAYU PADA ZIONIS



Di sebalik tarian dengan Trump, butiran mengejutkan muncul mengenai perjanjian ditandatangani Anwar


Di sebalik reaksi pelbagai pihak yang membidas aksi Anwar Ibrahim berjoget bersama Donald Trump sebagai tindakan "tidak bermaruah" dan "menghambakan diri", persoalan kini timbul mengenai kandungan perjanjian perdagangan yang ditandatangani perdana menteri beberapa jam selepas meraikan presiden Amerika Syarikat di KLIA semalam.

Perjanjian itu merangkumi beberapa syarat yang mewajibkan Malaysia berunding dengan Washington terlebih dahulu sebelum memeterai apa-apa perjanjian perdagangan lain dengan negara ketiga.

Beberapa petikan perjanjian itu, yang ditandatangani Trump bersama Anwar yang tampil teruja apabila berulang kali cuba berseloroh dengan pemimpin AS itu, mula dikongsi secara meluas di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan sama ada perdana menteri akhirnya telah menyerahkan kedaulatan Malaysia, kebimbangan yang sebelum ini kerap disuarakan Dr Mahathir Mohamad.

Lawatan Trump semalam menyaksikan Malaysia dan AS menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik baharu, yang memberikan syarikat AS pelbagai keutamaan memasuki pasaran Malaysia.

Sebagai balasan, Washington akan mengekalkan tarif 19% yang baru-baru ini dikenakan oleh Trump.

Dalam satu kenyataan, Perikatan Nasional menganggap perjanjian itu sebagai "penyerahan diri".

"Malaysia menyerahkan terlalu banyak kawalan ke atas ekonominya, sementara AS kekal bebas memutuskan apa-apa yang memberikan manfaat kepada industrinya sendiri. Perjanjian ini membataskan hak Malaysia untuk membuat keputusan sendiri, memaksa kita mematuhi AS dalam perdagangan, pelaburan dan peraturan," kata gabungan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Azmin Ali.

Menurutnya, perjanjian yang digambarkan sebagai "perkongsian timbal balik" sebenarnya menandakan "kehilangan kedaulatan ekonomi dan ruang dasar kita".

Pemimpin veteran DAP, Teng Chang Khim, menggesa Putrajaya menjelaskan butiran perjanjian yang semakin mendapat kecaman itu.

"Jika ia benar, kerajaan perlu menjelaskan bagaimana klausa ini tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia," katanya, yang turut berkongsi petikan beberapa klausa daripada perjanjian itu.

Ia termasuk klausa yang mewajibkan Malaysia berunding dengan AS sebelum memasuki sebarang perjanjian perdagangan digital baharu dengan negara lain yang disifatkan "menjejaskan kepentingan asas AS".

Manakala satu lagi klausa mengancam Malaysia akan dikenakan semula tarif 25% yang diumumkan pada bulan April lalu sekiranya memeterai sebarang perjanjian perdagangan dua hala dengan "negara yang menjejaskan kepentingan AS".

Syarat itu dilihat dihalakan terhadap China, lawan utama Washington dalam mencapai hegemoni perdagangan, di samping beberapa negara yang dikenakan sekatan AS seperti Iran dan Rusia – kesemuanya ahli pertubuhan BRICS, blok ekonomi yang dibentuk oleh Brazil, Rusia, India dan China, di mana Malaysia turut memohon menjadi anggota.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Rumah Putih, Malaysia juga bersetuju tidak mengharamkan atau mengenakan kuota ke atas eksport mineral nadir bumi ke AS, langkah yang dilihat percubaan melemahkan China.

China, pengeluar nadir bumi terbesar di dunia, baru-baru ini menggunakan kekuatan itu dalam memaksa AS kembali ke meja rundingan.

AS bergantung kepada China untuk sebahagian besar bekalan nadir buminya.

Beijing sebelum ini mengenakan kawalan eksport ke atas mineral nadir bumi ke AS, yang menjejaskan industri pertahanan dan teknologi canggih Amerika.

Selanjutnya dalam perjanjian semalam, Malaysia juga dikehendaki bertindak seiring dengan apa-apa langkah AS untuk menghukum negara lain melalui pelaksanaan duti kastam, kuota, larangan, yuran, caj atau sekatan import lain.

- Iklan -
Menurut salah satu klausa, sebaik sahaja dimaklumkan tentang langkah sedemikian, "Malaysia hendaklah menerima pakai atau mengekalkan langkah yang memberikan kesan sekatan yang setara dengan yang dilakukan Amerika Syarikat, atau bersetuju dengan satu garis masa pelaksanaan".

Menurut PN, klausa itu memaksa Malaysia "memihak kepada konflik pihak lain dan menghumban dasar berkecuali yang telah lama menjadi kekuatan kita".

"Jika Washington memutuskan untuk menyekat import dari China atau Rusia, Malaysia mesti melakukan perkara yang sama, walaupun ia memudaratkan ekonomi kita.

"Dengan menyelaraskan dasar Malaysia dengan keputusan AS, perjanjian itu berisiko menghalau pelabur yang menganggap Malaysia sebagai rakan kongsi neutral dan stabil di bahagian dunia ini," tambahnya.

Pengkritik terkemuka Eric See-To berkata klausa tersebut pada asasnya mengikat Malaysia untuk akur dengan kepentingan keselamatan AS.

"Kesan langsungnya, Malaysia hilang kebebasan untuk menentukan dasar perdagangan dan diplomasi sendiri terhadap negara lain. Jika AS mengenakan sekatan terhadap mana-mana negara, Malaysia secara automatik dijangka ikut serta - walaupun negara tersebut mungkin rakan dagang penting Malaysia," katanya.

Beliau memberi amaran, perjanjian itu menjadikan dasar perdagangan dan keselamatan Malaysia terikat kepada agenda geopolitik AS.

Jika Washington kenakan sekatan, Malaysia tidak lagi bebas berkecuali, sebaliknya terpaksa ikut rentak Amerika."

SAH TERBUKTI

ANWAR IBRAHIM

DARI DULU

HINGGA HARI INI

ADALAH BUDAK

SURUHAN AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: