Selasa, 28 Oktober 2025

ARAHAN ZIONIS TEMPATAN


Tindakan polis tangkap dan lepas penyokong Palestin bermotif politik, kata peguam

Tindakan polis menahan dua peserta konvoi motosikal membantah lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur disifatkan sebagai bermotifkan politik dan tidak mempunyai asas undang-undang, menurut peguam Zaid Malek.

Zaid berkata Syed Mohsein Syed Hassan Al-Attas dan Murtadha Norman ditahan sejak Sabtu malam, dan pada awalnya dimaklumkan akan didakwa hari ini.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, mereka akhirnya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

"Penahanan ini jelas tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh dan kelihatan bermotif politik semata-mata bagi menjaga imej kerajaan," kata Zaid yang juga sebahagian daripada kumpulan Lawyers for Liberty.

Syed Mohsein dan Murtadha ditahan selepas menyertai konvoi motosikal sehari sebelum Trump mendarat di KLIA dengan diberikan sambutan permaidani merah yang menyaksikan beliau dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama-sama berjoget.

Mereka antara kira-kira 60 penunggang motosikal yang ditahan berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, ketika mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan mengecam Washington kerana menyokong Israel dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Zaid menuntut penjelasan daripada polis mengenai sebab sebenar pertuduhan terhadap dua individu itu ditarik balik serta mengapa keluarga dan peguam tidak dibenarkan bertemu mereka sepanjang tempoh penahanan.

"Polis bukan sahaja menghalang hak rakyat untuk berhimpun, tetapi turut menafikan hak anak guam saya untuk berunding dengan peguam. Itu juga hak yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Pihak polis jelas tidak mengikut prosedur. Kenapa penahanan ini tidak dimaklumkan kepada keluarga, kenapa peguam tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guam, dan kenapa membazirkan masa semua yang terlibat?” soal beliau.

POLIS IKUT

ARAHAN

AMIN

INI PASTI

ARAHAN DARI

ZIONIS

TEMPATAN 

AMIN

JANGAN GANGGU

KEPALA ZIONIS 

BERNAMA TRUMP

KHALAS

Tiada ulasan: