Rabu, 19 November 2025

AL-FATIHAH


Tragedi bot karam: Bedah siasat 29 mayat selesai

ALOR SETAR: Proses bedah siasat terhadap 29 mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Malaysia-Thailand di Langkawi pada 8 November lalu, selesai dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ketua Polis Kedah,  Adzli Abu Shah, berkata jumlah mangsa yang meninggal dunia kekal 29 orang manakala 14 orang ditemukan selamat.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas 15 mayat lelaki, 10 wanita dan empat kanak-kanak selesai dilakukan semalam.

Katanya, kematian 15 daripada mangsa disebabkan lemas manakala selebihnya atas pelbagai faktor berikutan keadaan mayat tidak sempurna.

"Pada jam 11 pagi semalam, mesyuarat penyelarasan dilakukan untuk kita uruskan mayat ini yang membabitkan pelbagai agensi terutama Hospital Sultanah Bahiyah, (HSB), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Baitulamal

"Kita juga sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari untuk persediaan sebarang kemungkinan, termasuk penampilan waris atau ahli keluarga.

"Proses pengebumian mungkin hujung bulan ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, 11 migran yang selamat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Langkawi hari ini di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan dikenakan enam sebatan.

"Tiga tangkapan kanak-kanak akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.

Pada 8 November lalu, sebuah bot dipercayai membawa 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Bangladesh dan Rohingya dilaporkan pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.


AL-FATIHAH 

UNTUK SEMUA YANG

 GUGUR

AMIN

MEREKA DALAM

 PERJALANAN

MENCARI TEMPAT

SELAMAT

AMIN

MAHU MEMBUAT

HIDUP BARU

AMIN

DUNIA INI

MILIK KITA 

BERSAMA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang mati semua tu isle ker TT? Takut ada hindu skali kalau ada sila bakar ya jangan tanam. Hindu tanam pokok ganja saja..kalau mati bakar pipe on...al faaatihaaah.

Tanpa Nama berkata...

mereka nak mai tanah melayu yang makmur cuma tak kesampaian, kasihan atas dasar perikemanusian hargailah warga sini tanah melayu walau dah eleek!!! kota madani tukar ke kota melayu & kota janji!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya betul dunia untuk semua hanya kepada yang kita suka, sama sama suka semuanya halal, bukan pendatang asing bukan pendatang haram sesama manusia kena berakal guna kuasa guna undang-undang saksama kepada seluruh umat manusia, bukan pilihan kasih pilihan hati mengikut keadaan, syukur alhamdulillah akhirnya wujud sedikit kesedaran di kalangan manusia berakal berani, penduduk di Sabah Sarawak bukan bangsa kita jauh sekali agama sama jadi boleh saja dilupakan dipinggirkan sesuka hati mengikut peti undi amin kah kah kah hidup berakal mati jangan berhantu kerana akhirnya semua masuk kubur sama amin