Rabu, 19 November 2025

SELAMATKAN MALAYSIA - HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM




Lantikan Terrirudin sebagai anggota JAC tak boleh diterima sama sekali – Latheefa Koya


KUALA LUMPUR – Peguam, Latheefa Koya menyifatkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan,  Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Malah, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, lantikan tersebut juga akan menjejaskan keyakinan terhadap proses lantikan kehakiman, serta terhadap badan kehakiman itu sendiri.

Apatah lagi, ujar beliau, dakwaan serius melibatkan Ahmad Terrirudin dalam kontroversi penularan dokumen yang didakwa sebagai Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebelum ini masih belum diselesaikan sehingga kini.

“Apa yang terjadi kepada siasatan atau inkuiri berhubung tuduhan tersebut? Atau adakah siasatan itu wujud?

“Apa hasilnya? Mengapa Anwar  dan kerajaan berdiam diri mengenai perkara ini?” katanya menerusi laman sosial X beliau hari ini.

Terdahulu, berdasarkan warta kerajaan bertarikh semalam, Ahmad Terrirudin dilantik sebagai anggota JAC untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 15 November 2025 hingga 14 November 2027.

Bekas Peguam Negara itu dilantik oleh Perdana Menteri menurut perenggan 5(1)(e) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).

Ahmad Terrirudin mengisi kekosongan keanggotaan JAC selepas Hakim Zabariah Mohd. Yusof bersara wajib pada usia 66 tahun (selepas lanjutan masa perkhidmatan selama enam bulan), bulan lalu.

Menurut Latheefa, Ahmad Terrirudin tidak boleh dilantik ke JAC melainkan minit JAC yang kontroversi sebelum ini diterbitkan sepenuhnya, bagi memastikan semua fakta didedahkan kepada rakyat.

Hanya dengan cara itu, ujarnya, keyakinan terhadap peranan JAC dan badan kehakiman dapat dipulihkan.

“Tidak boleh ada keraguan dalam fikiran rakyat mengenai kesesuaian anggota-anggota JAC.

“Malah, demi kepentingan Terrirudin sendiri, perkara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum beliau menerima sebarang pelantikan,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya, Anwar perlu menangguhkan pelantikan Ahmad Terrirudin sehingga beberapa langkah diambil terlebih dahulu.

Antaranya, kata beliau, hasil siasatan atau inkuiri terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Ahmad Terrirudin bersabit kebocoran minit mesyuarat JAC mesti didedahkan kepada umum.

Selain itu, tambahnya, minit mesyuarat JAC yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara itu juga mesti didedahkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan rakyat.

“Tiada pilihan lain yang lebih memadai, hanya langkah-langkah ini mampu memulihkan keyakinan terhadap pelantikan kehakiman di Malaysia,” katanya. – 

TAK ADA

JALAN LAIN

UNTUK 

SELAMATKAN

MALAYSIA

AMIN

ANWAR BIN

IBRAHIM WAJIB

DI HUMBANKAN

KHALAS

Tiada ulasan: