PANDANGAN
ANAK MUDA
BERNAMA TOBEY
AMIN
HARAPAN SETINGGI GUNUNG,
PENGUNDI HARAPAN BERHALUSINASI
Harapan hanyalah harapan.
Yang masih percaya sedang berhalusinasi.
Malaysia sekali lagi terkejut, atau pura-pura terkejut di mana kononnya tak sangka seorang lagi dekat kuasa dituduh makan duit. RM 629,000 bukan jumlah kecil untuk rakyat. Tapi untuk orang dalam pentadbiran negara? Itu cuma warm-up.
Nama yang jatuh hari ini: Shamsul Iskandar. Orang kuat PMX. Ya, Anwar bin Ibrahim reforbasi. Setpol Kanan PM.
Orang yang dulu jerit reformasi, ludah korupsi, sumpah nak bersihkan sistem.
Hari ini, namanya duduk sebaris dengan orang yang dia pernah serang.
Dia pernah lawan Zahid Hamidi di Bagan Datuk.
Dia panggil Zahid perasuah.
Dia panggil Zahid simbol politik busuk.
Sekarang aku tengok timeline — Shamsul dituduh, Zahid masih senyum dalam kabinet Madani.
Ironi?
Tak.
Ini Malaysia.
Ironi di sini bukan kebetulan, ia struktur.
Kita ada kerajaan yang branding dirinya reformis, anti-kleptokrat, anti-rasuah. Tapi bila orang sendiri kena:
Nada berubah dari garang singa kepada bisikan “relax, kes kecil.”
Ini bukan bab duit.
Ini bukan bab siapa salah siapa betul.
Ini bukan sekadar scandal season episod terbaru Malaysia.
Ini bab DNA kuasa:
Siapa dekat pejabat perdana menteri, siapa kenal siapa, siapa boleh buat panggilan telefon dan bypass sistem, itu yang menentukan hukum.
Rasuah di Malaysia bukan “aberration.”
Rasuah adalah bahasa rasmi kedua selepas BM.
Aku tengok rakyat —
Ada yang marah.
Ada yang kecewa.
Ada yang buat thread panjang.
Ada yang tulis “ni la kerajaan yg aku undi”.
Tapi majoriti?
Diam.
Scroll TikTok.
Cari promo grab food.
Lepas tu cakap:
“Beginilah, semua sama.”
Dan mungkin mereka betul.
Mungkin bukan pemimpin yang gagal.
Mungkin kita yang terlalu berharap manusia akan berubah bila dapat kuasa.
Tak.
Kuasa bukan ubah manusia.
Kuasa cuma buka topeng.
Shamsul cuma satu bab kecil.
Esok ada nama lain.
Lusa ada versi baharu.
Akhir nanti , bila PRU datang , semua buat muka sedih, minta peluang kedua, ketiga, keempat.
Dan macam biasa, rakyat yang penat akan kata:
“Tak ada pilihan lain.”
Padahal pilihan itu ada kita cuma takut kehilangan ilusi stabiliti.
Aku bukan tulis ini sebab aku benci.Aku bukan tulis sebab kecewa.
Aku tulis sebab aku tak terkejut langsung.
Malaysia bukan rosak.Malaysia dibina begini.
Dan selagi rakyat hanya jadi penonton,selagi kita hanya jadi pengundi bukan pemilik negara,selagi kita rela ditepuk, ditipu, digula-gula setiap lima tahun, kita tak layak marah pada sesiapa kecuali diri sendiri.
Sebab di negara ini,
yang berubah cuma logo parti, bendera kempen, dan hashtag.
Perangainya?
Tetap sama, cuma semakin pandai tipu rakyat. Amin


Tiada ulasan:
Catat Ulasan